web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belum Ada Keputusan Jawatan Presiden UMNO Timbalan Dipertandingkan Atau Tidak

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 6:20PM

Ahmad Maslan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan perkara berkenaan mungkin diputuskan pada Mesyuarat MKT Khas bakal diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO (PAU), iaitu pada malam 12 Januari depan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang ketetapan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO setakat ini, berhubung sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti bakal dipertandingkan atau tidak pada pemilihan akan datang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan perkara berkenaan mungkin diputuskan pada Mesyuarat MKT Khas bakal diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO (PAU), iaitu pada malam 12 Januari depan.

“Itu (sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan) kita tunggu. Tidak ada sebarang keputusan mengenainya setakat hari ini. Namun saya tidak tahu apa akan berlaku selepas ini kerana kita masih ada masa sebelum PAU diadakan Januari nanti.

“Kita tunggulah. Januari nanti MKT UMNO ada mesyuarat bulanan seperti biasa. Satu lagi kita ada Mesyuarat Khas MKT yang tradisinya diadakan malam sebelum PAU.

“Mesyuarat Khas MKT kali ini akan diadakan pada malam 12 Januari sebelum PAU diadakan keesokannya. Malam itu mungkin akan diputuskan mengenai perkara terbabit,” katanya seperti dilaporkan Sinar Online hari ini. 

Terdahulu, Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, semua jawatan dalam parti itu, termasuk Presiden dan Timbalan Presiden wajar dipertandingkan pada pemilihan kepimpinannya. 

Katanya, ura-ura bahawa satu usul khas akan dibahas dan diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO bulan depan, iaitu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, semakin kuat kedengaran.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Perlis, Noor Hairi Noor Mohammed menerusi kenyataannya semalam berpandangan, UMNO akan menjadi seolah-olah ‘parti diktator’, sekiranya meluluskan usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. 

Tegasnya, UMNO sejak dari dulu merupakan parti berteraskan demokrasi.

Namun, katanya, jika usul tersebut diluluskan, beliau berpendapat UMNO bukan lagi sebuah parti demokrasi. - Getaran, 26 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad