web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perhimpunan Agung Khas UMNO Diadakan Pinda 2 Fasal Dalam Perlembagaan Parti

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 2:31PM

Perhimpunan itu akan diadakan selepas ucapan dasar Presiden pada 13 Januari 2023 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PONTIAN -  Satu perhimpunan agung khas akan diadakan semasa perhimpunan tahunan UMNO bulan depan bagi membuat pindaan pada dua fasal perlembagaan parti, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata perhimpunan itu akan diadakan selepas ucapan dasar Presiden pada 13 Januari di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, dan notis untuk perhimpunan itu telah diberikan menerusi surat bertarikh 13 Disember lepas kepada ketua bahagian, setiausaha bahagian serta setiausaha Wanita, Pemuda dan Puteri.

Katanya pindaan itu antaranya melibatkan Fasal 20.11 yang menyebut seseorang ahli yang menang bertanding tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan pada pilihan raya akan gugur keahlian dengan sendirinya, untuk disesuaikan dengan Akta Anti Lompat Parti.

"Dan perkara (lain) yang nak dipinda ialah Perlembagaan UMNO, yang dicadang dipinda supaya meletakkan ketua penerangan (bahagian) sebagai mereka yang automatik menjadi perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun, yang melibatkan pindaan pada Fasal 8.4," kata beliau kepada pemberita selepas pertemuan dengan masyarakat setempat Taman Seri Api-Api, di sini hari ini.

Beliau berkata dengan pindaan berkenaan ketua penerangan bahagian akan secara automatik menjadi perwakilan untuk perhimpunan tahunan itu, manakala ketua penerangan bagi Wanita, Pemuda dan Puteri  bahagian juga secara automatik menjadi perwakilan kepada perhimpunan tahunan sayap.

Ketika ditanya sama ada terdapat usul berkenaan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan atau tidak pada perhimpunan agung khas itu, beliau berkata keputusan mengenai dua jawatan tertinggi itu hanya akan diputuskan ketika mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Khas pada 12 Januari 2023 sebelum Perhimpunan Agung esoknya.

"Belum ada sebarang keputusan mengenainya (jawatan Presiden dan Timbalan) sehingga hari ini. Kita tunggulah (selepas mesyuarat MT)," kata beliau.

PAU 2022 yang sebelum ini dijadualkan pada 21 hingga 24 Disember 2022, telah ditangguhkan kepada 11 hingga 14 Januari 2023. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blackpink Terima MBE, Hadiri Jamuan Negara Di Istana Buckingham

4

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 10 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar