web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan Jauh Lebih Demokratik Berbanding Pentadbiran Muhyiddin - Rafizi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 5:30PM

Rafizi Ramli - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Agak lawak apabila satu-satunya reaksi Perikatan Nasional (PN) ketika mempertikai Perjanjian Kesefahaman (MoU) Kerjasama ditandatangani kerajaan perpaduan adalah kerana kononnya ia langkah berbahaya ke arah kewujudan sikap diktator di bawah pentadbiran Perdana Menteri Ke-10, kata Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, perjanjian dimeterai dalam kalangan parti dan Ahli Parlimen yang membentuk kerajaan perpaduan itu pada hakikatnya jauh lebih demokratik, berbanding ketika pentadbiran Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Bagi saya ini (perjanjian) jauh lebih demokratik berbanding dengan keadaan yang berlaku sebelum ini semasa Muhyiddin dan PN berkuasa. Semasa Muhyiddin dulu, bila nampak sudah hilang majoriti, beliau menggunakan kuasa darurat untuk memerintah tanpa cuba mengesahkan sokongan majoriti di Parlimen pun.

“Satu-satunya Perdana Menteri yang ada rekod menggunakan kuasa darurat untuk memerintah dan kekal berkuasa di zaman aman dalam sejarah di negara kita hanyalah Muhyiddin Yassin,” katanya menerusi video dimuat naik di Facebook hari ini.

Beliau berkata, sejak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), ‘kerja’ PN adalah mempertikai segala perkara, tanpa membentangkan idea baharu atau rancangan ekonomi untuk membantu ekonomi rakyat di negeri lebih mundur.

Terbaru, katanya, PN mempertikai MoU Kerjasama Kerajaan Perpaduan dengan mendakwa ia mengekang kebebasan Ahli Parlimen.

Rafizi berkata, menerusi perjanjian yang drafnya turut disediakan beliau dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong, seramai 148 Ahli Parlimen di dalam kerajaan perpaduan bebas mengundi mengikut kepakaran serta prinsip masing-masing, kecuali dalam undi mempunyai kesan kepada keabsahan kerajaan.

“Yang tidak bebas adalah geng tebuk atap yang tidak lagi boleh tawar-menawar mencuri Ahli Parlimen hingga menghuru-harakan kestabilan politik negara.

“Yang faham makna diktator ini hanyalah PN sebab mereka menggunakan darurat untuk memerintah walaupun tidak cukup majoriti. Tak ubah seperti pepatah ‘mengata dulang paku serpih’,” tegasnya.

Menerusi video sama, Rafizi berkata, matlamat utama perjanjian itu bukanlah soal melompat parti, memandangkan pihaknya yakin dengan penyertaan parti dalam kerajaan perpaduan dan sokongan dua pertiga yang dilihat tidak memberikan ancaman kepada keabsahan kerajaan.

Sebaliknya, beliau menegaskan, apa yang lebih penting adalah bagi menetapkan satu landasan dasar yang ‘mengikat’ semua parti dalam kerajaan perpaduan.

Menurutnya, ia bagi mengelakkan rakyat bimbang mengenai arah tuju kerajaan, selain memastikan perancangan program dibangunkan lancar.

“Sebab kita tahu gabungan datang daripada parti dan latar belakang berlainan, kita ada sokongan daripada kumpulan yang berbeza dan untuk satu jangka masa panjang, kami merupakan lawan politik masing-masing.

“Jadi kalau saya jadi rakyat, saya sudah tentu risau ke mana arah tuju kerajaan ini, sebab itu kami merasakan perlu ada satu landasan yang mengikat parti ini, supaya program dan hala tuju pentadbiran adalah mengikuti pegangan bersama semua parti dalam gabungan ini,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, perjanjian itu juga bagi menyelamatkan Malaysia daripada menjadi mangsa ‘katak politik’ yang budaya menggunakan kaedah terbabit untuk membentuk kerajaan, dimulakan Muhyiddin dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang semasa Langkah Sheraton.

Jelasnya, terdahulu, pihaknya memikirkan dengan penubuhan akta lompat parti, PN sudah serik dan tindakan menggunakan katak politik’ tidak berulang seperti ketika Langkah Sheraton, namun hakikatnya masih sama apabila parti terbabit cuba menculik 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebaik keputusan PRU-15 diumumkan untuk menyokong Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, tanpa persetujuan daripada BN.

Tegasnya, sekiranya perkara itu masih berlaku, negara akan terus kucar-kacir kerana kerajaan dibentuk atas sokongan peribadi Ahli Parlimen dan bukannya daripada persetujuan parti politik, selain mampu memberi nilai buruk kepada individu terbabit.

Malah, katanya, situasi itu akan menyebabkan terus berlaku tawar-menawar dan saling menjatuhkan untuk mendapatkan jawatan.

“Sebab itu kita ambil pendirian untuk memastikan kestabilan politik negara (diutamakan) dan kita perlu kestabilan politik untuk membaiki keadaan ekonomi.

“Sebarang pembentukan kerajaan mestilah berlaku di antara persetujuan bersama parti, bukannya dalam kalangan Ahli Parlimen perseorangan seperti Azmin Ali (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) buat dahulu, jadi bila ada perjanjian seperti ini, maksudnya penyertaan parti politik di dalam kerajaan perpaduan sudah menjadi dasar dan pendirian parti tersebut.

“Jika dalam sebarang pengundian yang melibatkan keabsahan Kerajaan Perpaduan ada Ahli Parlimen dari mana-mana parti sudah sabotaj atau dibeli hingga menjejaskan keabsahan kerajaan ini, tindakan itu dikira sebagai melanggar pendirian serta kedudukan mereka di dalam parti, (dan) mengikut di dalam akta lompat parti, ia boleh menggugurkan keanggotaan mereka daripada parti tersebut serta secara automatik mereka akan hilang kerusi,” katanya.

Selain itu, Rafizi berkata, kerajaan perpaduan mahu telus dan ingin membentangkan kepada rakyat bahawa apa sebenarnya matlamat serta dasar kerajaan.

Ujarnya, ia juga akan membantu berlaku adil kepada rakyat supaya mereka yakin bahawa pembetukan kerajaan perpaduan, bukan semata-mata untuk mendapat kuasa, tetapi apa lebih penting anggota dan partinya diikat menerusi program bersama.

Menyentuh mengenai kebebasan Ahli Parlimen untuk  mengundi mengikut kepakaran dan pandangan masing-masing, kecuali perkara bersabit dengan keabsahan kerajaan seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Anti Lompat Parti, beliau menegaskan, ia sememangnya bertepatan dengan undang-undang.

“Selalunya ada dua bentuk undi di Parlimen yang bersabit dengan keabsahan Kerajaan Perpaduan, pertama jika ada usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dan kedua, dalam bentuk undian kepada bajet tahunan.

“Selain daripada dua undi ini, sebenarnya Ahli Parlimen bebas untuk mengundi mengikut pandangan masing-masing dan itu tidak tertakluk kepada Fasal 4 perjanjian,” katanya. – Getaran, 18 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam