web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sah! Tun M Letak Jawatan Pengerusi PEJUANG

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 8:01PM

Tun Dr Mahathir Mohamad - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sah meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, seluruh kepimpinan parti itu menerima keputusan bapanya untuk berundur daripada jawatan tersebut.

“Seluruh anggota Majlis Eksekutif Pusat dan ahli parti di seluruh negara menyanjung tinggi jasa, pemikiran, tunjuk ajar dan kepimpinan mantan Perdana Menteri itu  sepanjang memegang jawatan tersebut.

“Penghargaan yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Ayahanda Tun. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh membalas jasa beliau kepada kami,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, media melaporkan bekas calon PEJUANG bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang, Azlan Sani Zawawi atau nama popularnya, Lando Zawawi Brotherhood memaklumkan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Pengerusi parti itu pada Rabu lalu.

“(Memang) benar. Beliau beritahu kami Rabu lepas,” katanya.

Peletakan jawatan Dr Mahathir dibuat susulan prestasi buruk Gerakan Tanah Air (GTA) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), 19 November lalu.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, PEJUANG akan meneruskan perjuangan, legasi dan semangat Dr Mahathir demi agama, bangsa dan tanah air.

“PEJUANG juga akan berusaha memastikan daya pemikiran dan cara kepimpinan Dr Mahathir yang berteraskan prinsip dan nilai budaya murni diteladani  generasi pewaris perjuangan beliau,” katanya.

Menurut Mukhriz, walaupun tidak lagi memegang jawatan Pengerusi, Dr Mahathir akan kekal sebagai ahli PEJUANG.

“Kami percaya beliau akan terus member pandangan membina dan kritis terhadap masa depan Malaysia sebagai seorang negarawan unggul.

“Itulah yang diharapkan oleh semua penyokong beliau termasuk seluruh warga PEJUANG selama ini,” katanya. – Getaran, 17 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

2

Semasa 10 bulan yang lalu

PM Tegas Tidak Letak Jawatan, Tekad Pacu Pembangunan Negara

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Sheikh Hasina Letak Jawatan, Larikan Diri Dengan Helikopter Tentera

4

Politik 2 tahun yang lalu

Gesa Pemimpin PN Letak Jawatan Tak Akan Ubah Keadaan - Santhara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad