web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketua Parti Tandatangan Perjanjian Sokong Pembentukan Kerajaan Perpaduan Esok - Fadillah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 1:20PM

Fadillah Yusof - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Satu majlis menandatangani perjanjian antara ketua-ketua parti bagi menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan akan diadakan esok, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata perjanjian itu akan ditandatangani ketua-ketua parti yang bersetuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

"Esok akan ada upacara menandatangani satu perjanjian antara semua parti yang bersetuju untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Di situ nanti (media) boleh bertanya apakah kandungan perjanjian tersebut dan fokusnya," katanya kepada media selepas Majlis Konvokesyen Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) di sini hari ini.

Ditanya manifesto parti mana yang akan dipilih untuk dilaksanakan dalam Kerajaan Perpaduan, Fadillah secara ringkas berkata tiada perbincangan berhubung perkara itu kerana kerajaan sekarang bukan berasaskan parti.

"Satu daripada keutamaan kita (Kerajaan Perpaduan) adalah berhubung kait dengan kos sara hidup," katanya yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi.

Mengenai fokus perjanjian tersebut, Fadillah berkata beliau tidak pasti kerana tidak terlibat dan hari ini beliau akan menghadiri mesyuarat di peringkat GPS untuk melihat kandungan perjanjian itu.

Sementara itu, mengenai pemotongan gaji, beliau berkata pemotongan gaji yang diputuskan hanya melibatkan Jemaah Menteri sahaja.

“Setakat ini diputuskan hanya menteri. Saya tak pasti sama ada merangkumi timbalan menteri,” katanya.

Pada 5 Dis lepas, Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan dalam mesyuarat Kabinet bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan, yang akan dilaksanakan sehingga ekonomi negara kembali pulih. - Bernama

TAG: Fadillah Yusof, perjanjian, ketua parti, Kerajaan Perpaduan

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Hari Gawai: Lambang Perpaduan Rakyat Sarawak, Contoh Keharmonian Malaysia - Fadillah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Media Beretika Tonggak Demokrasi, Perpaduan Negara - Fadillah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Peranan Ibu Semakin Mencabar, Krisis Global Beri Kesan Kepada Keluarga - Fadillah

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

3

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar