web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Perlu Lalui 6 Ujian Bagi Memperkukuh Kedudukan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 8:15PM

Lim Kit Siang berkata Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar perlu melalui enam ujian 'kelangsungan hayat' bagi memperkukuhkan kedudukan dan menghadapi 'ancaman' dari PN. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melalui enam ujian ‘kelangsungan hayat’ dalam tahun pertama pentadbiran, bagi memastikan ia mencapai prestasi baik dan memperkukuh kedudukan.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, ujian itu adalah pemilihan Yang di Pertua Dewan Rakyat pada 19 Disember, kelulusan usul percaya terhadap Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri di Parlimen pada 20 Disember dan Perhimpunan Agung UMNO pada 11 hingga 14 Januari untuk melantik pimpinan baharu.

Katanya, ujian itu juga merangkumi kelulusan Usul Menjunjung Titah Diraja semasa pembukaan Parlimen yang merupakan dasar kerajaan untuk tahun tersebut dan kelulusan Belanjawan 2023.

“Persoalan utama yang berlegar dalam fikiran rakyat Malaysia hari ini adalah sama ada Kerajaan Perpaduan (pimpinan) Anwar Ibrahim dapat bertahan selama lima tahun,” katanya menerusi kenyataan di blog Lim Kit Siang For Malaysia.

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

Beliau berkata, sekiranya Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim dapat bertahan dengan lima ujian awal itu dalam beberapa bulan akan datang, ia akan berhadapan dengan ujian keenam, iaitu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di enam negeri, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Kit Siang menegaskan, Perikatan Nasional (PN) akan mencuba sedaya upaya untuk mencatatkan kejayaan di enam negeri berkenaan bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Malah, katanya, Pengerusi PN Negeri Sembilan mengumumkan parti itu di negeri berkenaan menyasarkan menang sekurang-kurangnya 19 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membolehkan ia membentuk kerajaan negeri.

“Pakatan Harapan (PH) tidak boleh memandang ringan ancaman PN ini, sama ada di Negeri Sembilan atau di lima negeri lain,” katanya.

Pada masa sama, Kit Siang mengalu-alukan pengumuman Setiausaha Agung PH, Saifuddin Nasution Ismail untuk parti pimpinan Anwar Ibrahim itu, mengadakan jelajah bermula awal tahun hadapan, sebagai persediaan menghadapi PRU di enam negeri yang belum membubarkan DUN semasa PRU-15 diadakan pada 19 November lalu.

Jelasnya, Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri mengatakan bahawa menjadi tanggungjawab ‘amat penting’ untuk meyakinkan pengundi di enam negeri berkenaan bagi terus menyokong Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas PRU-15.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, katanya, sudah menjangkakan PH mungkin bakal kehilangan enam atau tujuh kerusi dalam pilihan raya negeri, berdasarkan trend ditunjukkan pada PRU-15.

“Walaupun perkara ini tidak mengancam kawalan PH ke atas negeri tersebut, pegangan gabungan ini terhadap Pulau Pinang tidak akan menjadi sekuat sebelum ini.

“PH perlu merangka program untuk memastikan ia tidak kehilangan kerusi kepada PN, sebaliknya mencatatkan prestasi lebih baik di enam negeri ini, berbanding prestasi pada PRU-15,” katanya. – Getaran, 13 Disember 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran