web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Bertanding Presiden UMNO? Kita Lihat’ - Khairy

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 5:00PM

Khairy Jamaluddin - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan beliau bertanding semula untuk jawatan Presiden UMNO.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) itu, hanya berkata ‘kita lihat’, sambil tersenyum apabila ditanya sama ada beliau sekali lagi akan bertanding bagi jawatan tertinggi parti terbabit.

Ketika bertanding untuk jawatan itu pada 2018, beliau dikalahkan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam satu kempennya di kerusi Sungai Buloh, Khairy mengakui suatu hari nanti beliau ingin memimpin UMNO dan negara sebagai Perdana Menteri.

Khairy tewas di Parlimen Sungai Buloh kepada calon Pakatan Harapan (PH), Datuk R Ramanan pada PRU-15.

Berikutan kekalahannya, beliau menggunakan Instagram untuk meluahkan perasaan berhubung perkara itu dengan menegaskan ia bukan penamat kerjaya politiknya dengan berkata, ‘adakah ini penghujung jalan? Saya agak pasti ia tidak’.

Jumaat lalu, veteran UMNO, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan dipecat daripada parti bersama dua Ketua Wanita UMNO bahagian, susulan keputusan Ahmad Zahid mengambil tindakan lebih tegas terhadap pihak yang mencemarkan imej parti.

Annuar yang digugurkan daripada bertanding pada PRU-15 secara terbuka menyatakan sokongannya kepada Khairy di Sungai Buloh.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang pada mulanya dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 24 Disember, ditunda ke 11 hingga 14 Januari depan. – The Vibes, 12 Disember, 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 19 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad