web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perhimpunan Agung: UMNO Terima Apa Saja Usul Untuk Perkukuhkan Parti - Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 7:02AM

Keutamaan UMNO ketika ini adalah merapatkan saf dalam kalangan pemimpin dan parti setelah 'terpukul dengan kuatnya' pada PRU-15 lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO akan menerima apa sahaja usul untuk dibawa ke Perhimpunan Agung yang akan datang selagi mana ia dapat memperkukuhkan parti, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata ini memandangkan keutamaan parti sekarang adalah untuk merapatkan saf dalam kalangan pemimpin dan parti setelah “terpukul dengan kuatnya” pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lepas.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mahu usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan, agar dibawa ke Perhimpunan Agung akan datang. 

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

Ditanya sama ada UMNO akan mempertimbangkan cadangan usul dikemukakan Jamal tersebut, Ahmad Zahid  berkata “Tidak, kita akan mengkaji semua aspek sebab yang penting adalah bagi kita merapatkan saf kepimpinan,” katanya selepas menghadiri Majlis Ulang Tahun ke-10 Persatuan Usahawan Wanita Cina Malaysia di sini malam tadi.

Perhimpunan Agung UMNO yang asalnya dijadualkan pada 21 hingga 24 Disember ini, ditangguhkan ke 11 hingga 14 Januari tahun depan. 

Sementara itu, Ahmad Zahid mendakwa matlamat penubuhan BERSATU adalah untuk melenyapkan UMNO. 

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata perkara itu harus menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat khususnya akar umbi parti bahawa tujuan halus mereka mesti ditolak oleh keseluruhan ahli UMNO.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata lebih banyak usaha dan inisiatif akan diwujudkan kerajaan bagi membantu usahawan muda termasuk golongan wanita dalam memperbanyak pinjaman untuk usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME). 

Katanya walaupun kekangan ekonomi sedang melanda negara ketika ini, matlamat berkenaan tidak pernah dipinggirkan untuk memberikan peluang kepada anak muda bagi menceburkan diri dalam keusahawanan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran