web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kekalahan Di Padang Serai Bukti PH Perlukan UMNO Tawan Pengundi Melayu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 7:00AM

Nur Jazlan berkata prestasi buruk PH di kawasan luar bandar mengukuhkan lagi pandangan bahawa gabungan itu amat memerlukan UMNO. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kekalahan calon Pakatan Harapan, Dr Mohamad Sofee Razak di kerusi Parlimen Padang Serai membuktikan gabungan itu masih tidak mampu menahan gelombang Melayu di utara tanah air.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pula, walaupun dengan majoriti tipis menunjukkan gabungan itu berjaya menyekat dominasi Perikatan Nasional (PN) di Pahang.

Menurut beliau, prestasi buruk PH di kawasan luar bandar mengukuhkan lagi pandangan bahawa gabungan itu amat memerlukan UMNO untuk meyakinkan pengundi Melayu agar menyokong kerajaan perpaduan yang baru dibentuk.

“Ini menunjukkan PH masih tak diterima secara total di kawasan Parlimen luar terutamanya dalam kalangan pengundi Melayu.

“Sebab itulah berjaya dengan jajaran politik baru PH-BN ini, PKR, DAP dan AMANAH yang menjadi tulang belakang dalam PH perlu benar-benar menunjukkan keikhlasan untuk terus bersama UMNO bagi mengukuhkan undi Melayu di kawasan luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, calon PN, Datuk Azman Nasrudin mengakhiri penguasaan PH di Parlimen Padang Serai selepas memenangi kerusi itu dengan majoriti besar sebanyak 16,260 undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Rabu lalu.

Beliau memperoleh 51,637 undi untuk menewaskan Mohamad Sofee yang meraih 35,377 undi.

Calon BN, Datuk C Sivaraj yang memberi laluan kepada PH pula menerima 2,983 undi, calon Bebas Sreanandha Rao (846), dan calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Hamzah Abd Rahman mendapat 424 undi.  

Calon Parti WARISAN, Mohd Bakhri Hashim yang turut menarik diri sekadar memperoleh 149 undi.

Pada masa sama, Nur Jazlan berkata, jalinan kerjasama pelbagai parti komponen dalam kerajaan perpaduan perlu berasaskan kejujuran tanpa ada sebarang agenda tersembunyi terutama dalam kalangan pemimpin DAP.

Tegasnya, jika keikhlasan dan kejujuran tidak ada dalam gabungan berkenaan, tidak mustahil kerajaan perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mudah ‘koyak’ dan runtuh.

“Biarpun dalam keadaan kerajaan perpaduan yang baru ditubuhkan itu, ‘musang-musang’ dalam UMNO masih tak berpuas hati seperti seronok jika parti ini gagal dalam membentuk kerajaan yang stabil.  

“Sebenarnya geng musang berbulu ayam ini mahu melihat UMNO tersungkur lagi dalam menjadi kerajaan kerana mahu ambil kesempatan ambil alih tampuk pentadbiran atas keruntuhan parti,” katanya.

Sementara itu, Nur Jazlan menggesa Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim supaya tidak lagi sibuk dengan urusan UMNO dan BN.

Dalam nada sinis beliau berkata, mantan Menteri Wilayah Persekutuan itu sebenarnya ‘kuda tua’ UMNO yang gila talak dan masih merindui parti walaupun telah berpaling tadah.

“Wahai Shahidan, kamu tak payahlah nak menyibuk urusan UMNO dan BN lagi. Kamu tu sudahlah pengkhianat parti, lepas itu kamu bersekongkol dengan musuh utama parti untuk berlawan pada PRU-15 tapi ada hati lagi nak komen pasal pemilihan wakil UMNO dalam Kabinet.

“Kamu kecewa ya tak dapat duduk dalam kerajaan semula lepas PN gagal tubuhkan kerajaan Melayu. Sudah-sudahlah tu nak ambil tahu pasal UMNO. Baik kamu fokus macam mana nak jadi pembangkang yang bijak dalam Dewan Rakyat nanti,” katanya.

Sebelum ini, Shahidan menzahirkan ucapan tahniah atas ‘perkahwinan’ antara UMNO-BN dan DAP.

“Kerajaan perpaduan ini sepatutnya ditukar kepada kerajaan PH/UMNO atau UMNO/DAP.

“Bagaimanapun, tahniah UMNO sudah berkahwin dengan DAP. Selamat pengantin baharu,” katanya. - Getaran, 10 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Politik 1 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

3

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

4

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad