web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rosmah Bertemu Zahid Hanya 10 Minit Sebelum Mesyuarat Bermula

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 7:05PM

Semalam, media melaporkan Rosmah Mansor muncul pada mesyuarat MKT di Menara Dato' Onn - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berlangsung malam tadi.

Menerusi perkongsian di Facebook, pembantu Rosmah, Rahimi Osman menjelaskan, kelibat wanita itu kelihatan di Menara Dato’ Onn di sini kerana bertemu dengan Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet kerajaan perpaduan.

“Ramai yang buat cerita kononnya (Rosmah) masuk dalam mesyuarat MKT tersebut. Tapi sebenarnya beliau tiba di Bangunan UMNO sebelum mesyuarat bermula hanya untuk bertemu dengan Presiden UMNO.

“Beliau tidak ada apa-apa urusan dalam Mesyuarat MKT. Rosmah bertemu dengan Zahid hanya kira-kira untuk 10 minit sebelum beredar,” katanya.

Menurut beliau, Rosmah tidak keluar dari galeri awam kerana terus beredar sebaik selesai pertemuan itu menggunakan lif untuk menaiki kenderaannya yang sedang menunggu di aras bawah.

“Sebab itulah beliau tidak kelihatan 'keluar' dari galeri awam di hadapan orang ramai dan wartawan. Ya, dia berada di PWTC hanya untuk beberapa minit. 

“Bukan berjam-jam seperti yang disangka orang. Sedangkan apabila berita sudah mula tersebar malam tadi dan macam-macam spekulasi dibuat, beliau telah berada di rumah,” katanya.

Justeru beliau menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara tidak sahih sekiranya tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

“Kita tidak boleh memandai-mandai buat cerita yang kita tidak tahu, kerana akhirnya akan menjadi fitnah,” katanya.

Rahimi adalah bekas pembantu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2007 dan dikatakan sebagai rakan rapat kepada pemimpin Pakatan Harapan itu.

Semalam, media melaporkan Rosmah muncul pada mesyuarat MKT di Menara Dato' Onn di sini, dengan ditemani seorang wanita yang dipercayai pegawainya sekitar jam 8 malam.

Ketika pengamal media mendekati beliau termasuk mahu mengambil gambar, Rosmah meminta media supaya tidak berbuat demikian.

Pegawai Rosmah turut menegur jurugambar supaya tidak mengambil gambar isteri mantan Presiden UMNO itu.

"No picture, no picture (jangan ambil gambar)," katanya.

Rosmah kini dalam proses rayuan terhadap keputusan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta bagi kesalahan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.

Sementara itu, Najib pula sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu mengekalkan sabitan dan hukuman atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC International Bhd.  – Getaran, 9 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad