web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hadi Awang Seharusnya Salahkan Muhyiddin, Belajarlah Terima Kenyataan - Nur Jazlan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 8:45PM

Nur Jazlan berkata, keangkuhan Muhyiddin itu menyebabkan Abdul Hadi terlepas peluang menjadi Timbalan Perdana Menteri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang seharusnya menyalahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin atas keangkuhannya menolak titah Yang di-Pertuan Agong agar bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan kerajaan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, keangkuhan Muhyiddin itu menyebabkan Hadi terlepas peluang untuk menyandang portfolio Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Menurut beliau, PN pastinya mempunyai ruang untuk memainkan peranan sebagai kerajaan jika Muhyiddin tidak bersikap angkuh dan bongkak.

“Haji Hadi patut marahkan Muhyiddin. Salahkan Muhyiddin. Tanya Muhyiddin kenapa Pengerusi PN itu terlampau sombong sehingga Haji Hadi tak ada peluang untuk jadi TPM. Jika pasangan Haji Hadi itu tak besar kepala, bongkak dan agah sangat, sudah pastinya PN boleh jadi kerajaan, sama ada bergabung dengan PH ataupun minta bantuan BN (Barisan Nasional) secara jujur untuk dapatkan sokongan.

“Tapi itu tak berlaku sebab Muhyiddin lebih suka ikut pintu belakang untuk dapatkan sokongan dari BN. Dia guna broker yang tak ada jawatan dalam UMNO untuk kumpulkan SD (akuan bersumpah) MP (Ahli Parlimen) UMNO supaya sokong PN. Akhirnya UMNO buat keputusan untuk tolak kerjasama dengan PN dan semua SD MP UMNO yang Muhyiddin dapat itu kena campak ke tong sampah. Tak laku!” katanya, sinis.

Nur Jazlan menyatakan demikian menerusi satu hantaran di Facebook, malam ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Pulai berkata, Hadi seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa gabungan disertainya gagal membentuk kerajaan, walaupun memenangi sejumlah besar kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Macam-macam kenyataan dan tuduhan yang Haji Hadi keluarkan terhadap BN atau PH. Mula-mula dia cakap PN tolak kerajaan perpaduan sebab kerajaan itu tak didominasi oleh pemimpin Islam. Masalahnya masa Yang di-Pertuan Agong minta PN dan PH bergabung untuk bentuk kerajaan, kenapa PN tolak.

“Patutnya PN terimalah sebab nanti dengan 73 kerusi yang dimiliki oleh majoriti pemimpin Melayu Islam, pastinya kerajaan perpaduan itu boleh mereka kuasai. Tapi mereka tolak. Ego pemimpin PN terutamanya Muhyiddin terlalu tinggi,” tegasnya.

Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri itu berkata, PAS pernah memiliki rekod bekerjasama dengan DAP satu ketika dahulu, justeru tidak timbul alasan bahawa penggabungan itu ditolak kerana mereka enggan bersama DAP.

“Dua kali PAS bersama DAP iaitu ketika Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. BERSATU pula pernah bergabung dengan DAP untuk jatuhkan BN dan jadi kerajaan pada PRU-14 lalu. Tiba-tiba mereka jadi jijik nak bersama DAP, padahal dulu-dulu selamba saja Haji Hadi dan Muhyiddin duduk peluk (Lim) Kit Siang serta (Lim) Guan Eng.

“Ooohh lupa, masa itu cinta mereka tengah mekar berputik, jadi semuanya jadi cantik dan wangi. Bila dah bercerai, maka semuanya jadi buruk, busuk dan jijik. Macam tulah (itulah) kelentong pak lebai dan anak guru agama,” sindirnya, tajam.

Menyelar sikap Abdul Hadi, Nur Jazlan berkata, Ahli Parlimen Marang itu wajar menerima kenyataan dan tidak mengingkari ketentuan serta takdir ditetapkan Allah SWT.

“Haji Hadi patut bersyukur sebab Allah SWT berikan PAS menang banyak kerusi berbanding PRU-14 lalu. PAS menang besar dan sapu bersih semua kerusi Parlimen di Kelantan dan Terengganu. Belajarlah bersyukur dengan nikmat Allah. Dan janganlah marah-marah bila Allah tak takdirkan PAS dan PN jadi kerajaan lagi.

“Kalau ikutkan kefahaman Islam yang saya belajar, setiap ketentuan Allah itu ada hikmahnya dan kita kena bersyukur serta redha menerima takdir Tuhan, sebagaimana UMNO redha dengan kekalahan sekali lagi pada PRU-15 dan UMNO sudah pasrah untuk jadi pembangkang,” katanya. - Getaran, 8 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar