web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gabungan BN-PN Sudah Tidak Lagi Relevan, Anwar Wajar Diberi Peluang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 3:01PM

Mohd Puad menggesa semua pihak supaya tidak lagi memikirkan dan membangkitkan soal kerjasama antara BN dan PN kerana ia sudah tidak relevan lagi. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan sebarang cadangan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan baharu sudah tidak lagi relevan.

Justeru, beliau menggesa semua pihak supaya tidak lagi memikirkan dan membangkitkan soal kerjasama itu kerana ia hanyalah membuang masa.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaan perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diberi peluang mentadbir negara sehingga tamat penggal.

Dr Mohd Puad Zarkashi
Dr Mohd Puad Zarkashi

“Isu PN dan BN bergabung jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak lagi dipimpin oleh (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) adalah mengarut.

“Muhyiddin dan (Datuk Seri) Hamzah (Zainuddin) sama sahaja. Dua-dua suka tikam belakang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan seorang pemimpin BERSATU yang mendakwa perubahan dalam kepimpinan parti itu mungkin menjadi pemangkin kepada PN untuk menawan semula Putrajaya melalui pakatan baharu dengan BN.

Pemimpin BERSATU yang enggan dikenali itu menerusi temubual bersama Free Malaysia Today mendedahkan, PN terlepas peluang untuk membentuk kerajaan selepas PRU lalu kerana Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertegas untuk menjadi Perdana Menteri.

“UMNO tahu Muhyiddin mahu menamatkan riwayat parti itu, jadi bagaimana mereka boleh bekerjasama dengan PN?” katanya.

Menurut pemimpin itu lagi, ramai dalam BERSATU percaya UMNO mungkin lebih terbuka untuk bekerjasama dengan mereka jika diterajui oleh pemimpin yang lebih pragmatik seperti Hamzah.

“BERSATU pimpinan Hamzah boleh bekerjasama dengan UMNO dan PAS. Kunci kepada penerimaan UMNO ialah Hamzah, yang tidak mahu ‘membunuh’ UMNO, bukan seperti Muhyiddin,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Puad menegaskan, Malaysia tidak memerlukan pertukaran kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) dan sebarang usaha ke arah itu mesti dihalang.

“UMNO bukan pak turut dalam kerajaan baru. Tetapi UMNO adalah rakan yang boleh bekerjasama demi rakyat,” katanya.

Terdahulu, PN kekal dengan pendirian untuk tidak menyertai kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Anwar. 

Penolakkan tersebut dibuat atas semangat untuk menyuburkan demokrasi dan melaksanakan peranan semak dan imbang yang berkesan di Parlimen serta menjadi pembangkang berwibawa. - Getaran 7 Disember 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar