Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Belajar Daripada Kekalahan BN Sebelum Mahu Adakan PRN

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 7:00AM

Keputusan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di musim tengkujuh boleh ‘memakan diri’. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) disarankan belajar daripada kekalahan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), sebelum mengambil keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Walaupun dilihat mempunyai potensi untuk mengekalkan penguasaan di tiga negeri tersebut, namun keputusan mahu mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di musim tengkujuh boleh ‘memakan diri’.

Dr Azmi Hassan - Gambar Bernama
Dr Azmi Hassan - Gambar Bernama

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan berkata, PN seharusnya belajar daripada kesalahan BN yang mahu mengadakan PRU-15 secepat mungkin, hanya dengan bersandarkan momentum PRN Melaka dan Johor.

Mengakui PN berada pada kedudukan selesa di kawasan majoriti Melayu berdasarkan keputusan PRU-15, Azmi berkata, momentum yang dimiliki gabungan tersebut tidak dianggap menjadi kerana masih gagal membentuk kerajaan Persekutuan.

“Cadangan (Ahli Parlimen Arau) Datuk Seri Shahidan Kassim memang ada logiknya tetapi dalam masa sebulan selepas PRU-15, banyak yang sudah dipelajari oleh pengundi (iaitu) dengan mengundi PN atau lebih tepat lagi PAS terutamanya di Pantai Timur tidak banyak membawa perubahan.

“PN juga berada dalam keadaan tidak baik (sebagai pembangkang), lebih buruk PN mungkin hanya akan terdiri daripada BERSATU dan PAS saja,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Kelmarin, Shahidan yang mengemudi PN Perlis untuk merampas negeri tersebut daripada genggaman BN menyarankan supaya negeri di bawah pentadbiran PN iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu membubarkan DUN masing-masing bagi memberi laluan kepada PRN. 

Menurut mantan Menteri Wilayah Persekutuan itu, sekarang adalah masa terbaik untuk PRN diadakan berdasarkan sokongan diperoleh PN dalam PRU-15 lalu.

Memberi pandangan berbeza, Azmi berkata, ‘logik momentum’ dibawakan Shahidan sudah terbukti gagal apabila kerajaan ditadbir oleh BN sebelum ini yang membubarkan Parlimen, tumbang.

“Jadi kena berhati-hati dengan menggunakan logik momentum ini kerana BN telah belajar dan pengajaran terhadap BN begitu kuat sekali.

“Dalam hal ini, (cadangan) Shahidan Kassim ya ada logik tapi ini boleh memakan diri sendiri kerana pengundi akan tuduh sebenarnya tiga negeri di bawah PAS tidak mahu diadakan PRN bersama dengan PRU-15, bukan disebabkan banjir tapi mereka tak ada keyakinan (untuk menang).

“Apabila sudah ada keyakinan baru nak dibubarkan (DUN), jadi (PN) akan dituduh pula lebih pentingkan agenda politik lebih daripada agenda rakyat itu sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya potensi PN jika PRN diadakan di Kedah, Terengganu dan Kelantan pada tahun depan, Azmi berkata PN tiada masalah untuk terus mengekalkan penguasaannya di negeri tersebut.

“Tiada masalah kerana pengaruh PAS tetap kuat di ketiga-tiga negeri tersebut, (namun) dengan syarat, (mereka) gunakan simbol PAS dan bukannya PN,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berpendapat, peratusan pengundi yang akan keluar mengundi pada PRN di tiga negeri tersebut akan berkurangan berbanding PRU-15 jika ia diadakan dalam masa terdekat.

Menurutnya, walaupun momentum ‘rentak’ kemenangan masih berpihak kepada PN namun pengundi mungkin malas untuk pulang ke kampung masing-masing selepas menghadapi PRU-15, selain perlu memikirkan kekangan kewangan.

“Selain itu, banyak faktor lain yang akan menyumbang kepada peratusan keluar mengundi tersebut contohnya seperti kerajaan Persekutuan antara BN dan Pakatan Harapan (PH) sudah pun dibentuk, ringgit semakin mengukuh dan keyakinan pelabur semakin positif terhadap kerajaan sekarang.

“Banyak lagi perkara yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu mengubah trend pengundi.

“Namun tidak dinafikan momentum PN itu masih ada tapi saya tidak rasa ia akan seperti (keputusan) PRU-15,” katanya.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, gabungan PH dan BN mungkin boleh ‘mencuri’ beberapa kerusi terutamanya di DUN di Kedah namun tidak akan berlaku di Kelantan dan Terengganu.

“Di Kelantan dan Terengganu kalau kita lihat, PN menang dengan begitu selesa jadi susah untuk PH dan BN mahu menumbangkan mereka namun gabungan itu mungkin boleh mendapatkan beberapa kerusi di DUN Kedah.

“Apa yang saya boleh katakan adalah kita perlu melihat keputusan PRU-15 di Parlimen Padang Serai (Kedah) dan DUN Tioman (Pahang). Jika PN kalah, itu petanda tidak baik untuk diadakan PRN,” katanya. - Getaran, 7 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

2

Politik 1 bulan yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Penghormatan Negeri, Pengebumian Abdul Taib Hari Ini

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Luar Negara 5 jam yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

Sukan 4 jam yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara

Semasa 23 jam yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran