Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan: UMNO, DAP Perlu Kerja Keras Yakinkan Ahli Akar Umbi - Syed Hamid Albar 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 1:52PM

Syed Hamid berkata UMNO dan DAP dilihat sudah menguburkan semua perselisihan dan bekerja bersama untuk mencari titik persamaan. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BARU – Pemimpin UMNO dan DAP berdepan tugas berat untuk meyakinkan akar umbi masing-masing susulan penyatuan kedua-dua parti berkenaan di bawah kerajaan perpaduan selepas sekian lama bermusuhan, kata bekas ahli politik, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Mantan Menteri Luar itu berkata, walaupun penggabungan tersebut disambut baik oleh sebahagian besar pemimpin kedua-dua parti, masih tidak dapat dipastikan apakah ahli akar umbi UMNO dan DAP boleh menerima penyatuan tersebut berikutan ‘sejarah buruk’ antara keduanya.

Syed Hamid berkata, kegagalan untuk meyakinkan ahli akar umbi akan mencetuskan masalah, khususnya buat pemimpin UMNO, memandangkan parti berkenaan bakal mengadakan pilihan raya tahun depan.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, pihak yang menyokong langkah UMNO bergabung membentuk kerajaan perpaduan mungkin akan berdepan kemarahan ahli akar umbi pada pilihan raya parti nanti.

Syed Hamid Albar - Gambar fail 
Syed Hamid Albar - Gambar fail 

“Tetapi apakah ada pilihan lain untuk UMNO yang kini bukan lagi parti terbesar negara, berbanding yang lain?

“Mungkin kepemimpinan parti merasakan lamgkah terbaik bagi menjamin kelangsungan UMNO ialah dengan menubuhkan kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) kerana mereka memerlukan kuasa dan kedudukan untuk memulihkan parti, berbanding menjalin kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

“Ada banyak persamaan antara UMNO dan komponen PN iaitu PAS dan BERSATU, dan dinilai daripada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), UMNO mungkin berkubur jika tidak membuat pilihan tepat dengan terus melangkah,” kata Syed Hamid kepada The Vibes ketika dihubungi semalam.

Mengulas mengenai kewujudan kaukus antara 24 Ahli Parlimen BN dan PH Johor, bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata, ia sememangnya sudah dijangka susulan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua blok di Perak, Pahang dan Persekutuan.

“Sedia dimaklumi bahawa UMNO dan DAP saling membenci sebelum ini kerana pada UMNO, DAP ialah parti yang bersifat perkauman dan anti Islam.

“Tapi kita lihat selepas keputusan PRU-15, DAP (dan PH) menghulurkan salam persahabatan dan menyokong penubuhan kerajaan negeri oleh BN di Perak dan Pahang. Dan trend ini seperti yang kita lihat sekarang, berterusan di Johor.”

Katanya, UMNO dan DAP dilihat sudah menguburkan semua perselisihan dan bekerja bersama untuk mencari titik persamaan.

“Dari sudut positif, jika kerjasama ini boleh berterusan, ia akan mewujudkan landskap politik yang lebih baik dan harmoni di Malaysia.”

Kaukus: Apa Di Sebalik BN, Pakatan?

Sementara itu, penganalisis politik, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, kaukus yang dicadangkan di Johor tidak seharusnya terhad kepada Ahli Parlimen BN dan PH sahaja.

Dr Azmi Hassan - Gambar fail
Dr Azmi Hassan - Gambar fail

“Di atas kertas, ia adalah langkah yang baik, tetapi bagaimana dengan penerimaan kerajaan negeri Johor sendiri?

“Mungkin ada perancangan untuk melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kedua-dua gabungan, kerana perancangan asal ialah untuk mengukuhkan kerajaan negeri,” kata Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara itu.

Ahad lalu, Ketua Pembangkang Johor, Liew Chin Tong menyarankan penubuhan kaukus terdiri daripada 24 Ahli Parlimen BN dan PH.

Langkah ini jelas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, adalah bagi membantu kerajaan negeri Johor meneliti semua taklimat serta berkongsi maklumat, untuk membolehkan semua Ahli Parlimen diberikan laporan terperinci berhubung keperluan dan permintaan kerajaan negeri yang dipanjangkan ke peringkat Persekutuan.

Chin Tong yang juga ADUN Perling menyuarakan cadangan itu ketika membahaskan Bajet 2023 Johor pada sidang DUN di Iskandar Puteri.

Idea berkenaan disambut baik Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam dan berkata, perkara itu akan dibincangkan selepas istiadat mengangkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 19 Disember nanti. - The Vibes, 6 Disember 2022







 

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Disyorkan untuk anda

Sukan 17 jam yang lalu

Aksi Pramusim Dalam Negara Turut Beri Kelebihan - Nafuzi 

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 1 hari yang lalu

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

Semasa 1 hari yang lalu

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Cat: JAS Tempatkan 2 Alat Ukur Kualiti Udara