web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kabinet Anwar Diperlukan Rakyat, Semua Harus Sokong Demi Negara - Kula Segaran

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 1:42PM

M Kula Segaran - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pihak diminta menerima dengan hati terbuka dan gambaran lebih besar berhubung barisan Jemaah Menteri dibentuk Kerajaan Perpaduan, memandangkan ia disifatkan Kabinet yang diperlukan rakyat ketika ini.

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran berkata, Kabinet diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut mendapat sokongan daripada semua parti komponen Perikatan Nasional (PN).

Malah, katanya, ia adalah Kabinet yang bertujuan untuk memperbaiki perpecahan dalam kalangan rakyat dan menyatukan semua pihak dengan matlamat sama.

“Pelbagai orang bertanya kepada saya mengapa saya tidak dipilih sebagai sebahagian daripada Kabinet Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“Mereka ini menyatakan kekecewaan dan hiba dengan apa yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana kejayaan itu seharusnya diraikan.

“Saya menggesa mereka untuk melihat gambaran lebih besar. Inilah Kabinet yang kita perlukan pada masa ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kula Segaran berkata, matlamat bersama dipegang Kerajaan Perpaduan itu adalah untuk membina semula negara ini, selepas apa dilalui sejak dua tahun lalu.

“Saya juga mengingatkan mereka bahawa ini bukan Kerajaan Pakatan Harapan (PH), tetapi Kerajaan Perpaduan. Mereka perlu memahami maksud dan keperluan,” katanya.

Pada masa sama, Kula Segaran berkata, beliau meminta semua pihak supaya memberikan sokongan penuh kepada Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar yang dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia.

“Kementerian ini kekal sebagai satu daripada kementerian terpenting dan menyeluruh. Saya pasti Siva akan belajar selok-belok tugasannya dengan cepat.

“Siva mempunyai pengalaman politik luas dan keupayaan untuk memacu Kementerian Sumber Manusia ke hadapan.

“Jika perlu, seluruh pasukan kami dan saya sentiasa ada untuk menghulurkan bantuan kepada beliau,” katanya.

Mengulas lanjut, Kula Segaran berkata, semua pihak harus berdiri di belakang Anwar dan Kabinetnya serta bersabar dalam perjuangan membawa Malaysia ke arah lebih baik.

“Kerana membaiki apa yang ‘teruk’ dan keadaan ‘meleset’ akan mengambil masa serta (memerlukan) sokongan daripada kita semua.

“Kita berada di landasan yang betul sekali lagi,” katanya.

Terdahulu, Kula Segaran dilantik memegang portfolio Menteri Sumber Manusia selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan pada 2018, susulan memenangi PRU-14.

Pada PRU-15, beliau menang besar di kerusi Parlimen Ipoh Barat apabila memperoleh 63,915 undi dengan majoriti 56,667 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas. - Getaran, 4 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Politik 11 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

3

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad