Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Cukuplah Muhyiddin, Belajar Jadi Pembangkang Berwibawa Bukan Merengek, Meroyan - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 10:34AM

Ahmad Zahid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menempelak tindakan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat secara berterusan menyerang Kerajaan Perpaduan, termasuk mendakwa Kabinet ditubuhkan adalah paling mengecewakan dalam sejarah negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu perlu akur dengan hakikat penubuhan Kabinet Kerajaan Perpaduan diterajui Anwar Ibrahim.

“Muhyiddin seolah-olah terus meroyan apabila gagal dilantik sebagai Perdana Menteri dan tidak sampai 24 jam Kabinet angkat sumpah, beliau menuduh pembentukan kerajaan dan Jemaah Menteri tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat, tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara.

“Muhyiddin lupa kuasa pelantikan Perdana Menteri ialah atas kuasa Baginda Yang di-Pertuan Agong yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pelantikan diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu juga, dibuat selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara.

Katanya, perbincangan khas itu juga bertujuan untuk Seri Paduka mendapat pandangan Raja-Raja Melayu bagi membolehkan baginda membuat keputusan terbaik, demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.

Beliau berkata, begitu juga dengan pelantikan Kabinet apabila Perdana Menteri mempersembahkan senarai semua nama Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan, bagi mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah dan selepas itu barulah diumumkan Anwar.

“Ini berbeza dengan situasi pelantikan Duta Indonesia suatu ketika dahulu yang seolah-olah tiada perkenan Istana Negara.

“Dengan kata lain, pelantikan Perdana Menteri kemudian disusuli pelantikan ahli Jemaah Menteri perlu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menegaskan, Muhyiddin perlu menghormati pelantikan berkenaan.

Malah, tegasnya, tindakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu dan sekutunya yang seolah-olah cuba mempertikaikan segala pelantikan berkenaan, menggambarkan wajah sebenar mereka tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, Muhyiddin dan sekutunya perlu malu dengan tindakan mereka kerana seperti terlalu gilakan kuasa, hingga sanggup mempertikaikan keputusan institusi Raja-Raja Melayu.

“(Muhyiddin dan sekutunya) perlu mencontohi DAP yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan parti dan individu, bergerak ke hadapan demi menjayakan Kerajaan Perpaduan dicadangkan Yang di-Pertuan Agong.

“Muhyiddin dan sekutunya perlu belajar menjadi pembangkang berwibawa dan bukannya merengek serta meroyan tidak dapat menerima hakikat beliau gagal menjadi Perdana Menteri dan gagal membentuk kerajaan. Belajarlah juga menghormati proses dan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu,” katanya.

Mengulas lanjut, Presiden UMNO itu berkata, kerajaan ditubuhkan kini bukan kerajaan Pakatan Harapan (PH), tetapi Kerajaan Perpaduan hasil daripada gabungan parti terbesar dan kecil lain yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Sebelum (parti besar serta kecil) bekerjasama dengan parti-parti lain untuk membina negara dan mentadbir lebih baik daripada kerajaan terdahulu,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, kritikan Muhyiddin bahawa tindakan Perdana Menteri yang memegang jawatan Menteri Kewangan juga tidak berlandaskan keperluan semasa.

Jelasnya, ketika ini keadaan memerlukan Pengerusi PH itu yang dikenali berprestasi tinggi dan menguruskan kewangan serta ekonomi Malaysia sehingga pernah ‘surplus budget’, iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan negara untuk memegang portfolio terbabit.

Anwar juga, katanya, pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik dunia oleh Euro Money Magazine dan Menteri Kewangan Terbaik Asia dinobatkan Asia Money Magazine.

Menurutnya, Ahli Parlimen Tambun itu pernah diberikan pengiktirafan The Asian of The Year dan Malaysia mendapat gelaran The Asian Tiger dalam kalangan negara Asia ketika menjadi Menteri Kewangan.

Justeru, beliau berkata, sudah pasti pelabur asing lebih yakin untuk membuat pelaburan apabila Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan.

“Rekod ini tidak pernah dicapai Muhyiddin dan beliau sangat bermasalah mengurus negara dan dikenali sebagai kerajaan gagal.

“Kini Muhyiddin berdepan dengan pelbagai skandal dalam pengurusan negara ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

“Inilah beliau sangat ketakutan serta terdesak menjadi Perdana Menteri, hingga sanggup melanggar adat dan adab membuat kritikan terhadap Istana Negara sejak awal proses menamakan Perdana Menteri,” katanya. - Getaran, 4 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 17 jam yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

KEDA Perlu Utamakan Keberkesanan Projek Dilaksanakan - Ahmad Zahid

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengusaha Halal Bumiputera Digesa Jangan Hanya Fokus Kepada Sektor F&B - Ahmad Zahid

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Mahu Pelaksanaan Sistem Sewaan Tanah Pertanian Dikaji Semula

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Papagomo Kemuka Representasi Gugur Tuduhan Kes Hasutan Kaitkan Kerajaan Pro Israel, Barat

Semasa 18 jam yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan