web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tahniah UMNO Berkahwin dengan DAP, ‘Selamat Pengantin Baharu’ – Shahidan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 6:15PM

Shahidan Kassim secara sinis berpandangan, nama Kerajaan Perpaduan juga mungkin sesuai digelar Kerajaan UMNO - DAP - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, sudah tiba masanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar nama Kerajaan Perpaduan kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) - UMNO.

Malah, beliau secara sinis berpandangan, nama itu juga mungkin sesuai digelar Kerajaan UMNO - DAP. 

Beliau yang juga mantan Menteri Wilayah Persekutuan turut merakamkan ucapan tahniah atas ‘perkahwinan’ antara UMNO - BN dan DAP.

“Kerajaan Perpaduan ini sepatutnya ditukar kepada kerajaan PH/UMNO atau UMNO/DAP.

“Bagaimanapun, tahniah UMNO sudah berkahwin dengan DAP. Selamat Pengantin Baharu,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Dalam pada itu, Shahidan meluahkan kekecewaan apabila melihat rakan daripada kepimpinan tertinggi BN, khususnya  di Sabah dipinggirkan Anwar daripada menyertai barisan Kabinet. 

“Orang kanan UMNO/BN yang dipinggirkan adalah Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Dr Noraini Ahmad, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Jalaluddin Alias. 

“Turut dipinggirkan adalah Datuk Seri Saravanan, Datuk Seri Wee Ka Siong, Datuk Ir Hasni Mohammad, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

“Saya juga sedih Sabah dipinggirkan daripada Kabinet kerajaan Persekutuan. Sabarlah wahai sahabat, hangpa (anda) kena ‘game’. Saya sedia menghulurkan tangan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri malam tadi, mengumumkan barisan Kabinetnya yang dianggotai 28 menteri.

Ia termasuk dua Timbalan Perdana Menteri, iaitu dipegang Pengerusi BN yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS). 

Ahmad Zahid turut memegang portfolio Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, manakala Fadillah sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.

Antara pemimpin BN yang dilantik dalam Kabinet diterajui Anwar adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang akan mengetuai Kementerian Pertahanan dan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). - Getaran, 3 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 20 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar