web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemimpin Kanan BN Maklumkan Supaya Sokong PN Tubuh Kerajaan - Hang Soon

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 7:05AM

Dr Mah Hang Soon berkata, ia berdasarkan prinsip No DAP dan No Anwar yang menjadi sandaran BN selama ini, khususnya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) mendakwa, gabungan itu perlu membentuk kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, ia berdasarkan prinsip No DAP dan No Anwar yang menjadi sandaran BN selama ini, khususnya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Menurut beliau, situasi sama turut berlaku kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS). 

“Selepas berakhirnya PRU-15, MCA telah dimaklumkan oleh pemimpin-pemimpin kanan dalam BN bahawa BN patut bersama Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan berdasarkan kepada keputusan yang dibuat sebelum PRU-15 iaitu, 'No DAP & No Anwar'.

“Laporan berita juga banyak menyiarkan mengenai sokongan GPS kepada PN (Perikatan Nasional) selepas mereka dimaklumkan bahawa BN bersetuju menyokong PN,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas dakwaan kononnya MCA sebagai komponen BN menyokong blok PN dan PAS, berbanding Pakatan Harapan (PH) yang mendominasi kerajaan perpaduan ketika ini.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini mendedahkan, PN memiliki Akuan Bersumpah (SD) daripada Ahli Parlimen MCA bagi menyokong Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Hang Soon berkata, mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang pertama kali diadakan selepas PRU-15 turut memutuskan bahawa gabungan berkenaan mengambil pendirian berkecuali dan kekal memainkan peranan sebagai pembangkang.

“Dalam mesyuarat itu, Presiden MCA juga telah mencadangkan kepada mana-mana pihak yang telah menandatangani SD menyokong mana-mana pihak (agar) hendaklah menarik balik serta-merta (SD itu).

“Susulan daripada itu, BN telah mengarahkan semua Ahli Parlimen BN supaya segera menarik balik sebarang SD sokongan tersebut,” katanya.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini mendedahkan, PN memiliki Akuan Bersumpah (SD) daripada Ahli Parlimen MCA bagi menyokong Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin sebelum ini mendakwa beliau memiliki 115 sokongan Ahli Parlimen dalam bentuk SD untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sokongan tersebut membabitkan 73 Ahli Parlimen PN, GPS (23), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (lima), BN (10) dan Bebas (dua). - Getaran, 1 Disember 2022

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad