web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Jangan Kerana Amarah Sanggup Sebar Berita Palsu, Ketepi Hukum Allah’ - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 12:52PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri  Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta masyarakat, terutama netizen untuk tidak menyebarkan berita palsu disebabkan kemarahan terhadap seseorang walaupun ia bertentangan dengan hukum agama.

Beliau berkata demikian ekoran semakin banyak berita palsu didakwanya disebarkan di media sosial sejak kebelakangan ini.

“Jangan kerana amarah kita mengetepikan hukum Allah dan rela kemudaratan besar berlaku di negara kita.

“Elakkan berita palsu dan fitnah kerana ia telah dan akan menjadi punca keruntuhan tamadun bangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut mengkongsi sebuah video kupasan seorang penceramah berhubung bahaya penyebaran berita palsu.

Semalam, Getaran melaporkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan maklumat poster yang memaparkan ucapan tahniah kepada Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Jurucakap JPM berkata, maklumat dalam poster tersebut adalah palsu.

“Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat tidak pasti atau palsu.

“Tidak pasti, jangan kongsi! Sila rujuk kepada akaun media sosial rasmi JPM untuk berita sahih,” katanya menerusi hantaran di Facebook. - Getaran, 30 November 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 23 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar