web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penolakan Kerjasama BN-PH Hanya Untuk PRU-15, Bukan Selepasnya - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 12:46PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa kerjasama strategik antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak sama sekali mengabaikan prinsip UMNO - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerjasama strategik antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak sama sekali mengabaikan prinsip UMNO, tegas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata, penegasan terbabit berdasarkan dua hujah iaitu pertama, penolakan sebarang kerjasama antara parti berkenaan dengan PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bukannya membabitkan kolaborasi selepas pilihan raya.

Katanya, hujah kedua adalah kerjasama itu berlandaskan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Selepas pilihan raya umum, marilah kita merapatkan barisan. Umpama ‘lidi seikat’ ini perlu, bagi menyapu segala kotoran yang dilemparkan kepada UMNO. Pembersihan ini penting bagi memastikan laman politik tidak kotor luar dan dalam,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid berkata, kesinambungan politik berkenaan tidak akan menghilangkan identiti UMNO yang tetap tidak berubah objektif penubuhannya, iaitu sebagai wadah perjuangan orang Melayu dan Islam bagi memperkasa kemajuan bangsa.

Menurutnya, sesuai dengan perkembangan semasa, parti itu perlu cakna dengan perubahan semasa, dinamik dan dilihat inklusif.

Beliau berkata, UMNO tetap mempertahankan dasar parti untuk mengamalkan sikap sederhana dan progresif dalam menangani perubahan.

“UMNO juga menolak parti politik menggunakan agama untuk berpolitik, sebaliknya ia secara bertanggungjawab menggunakan politik untuk memelihara perkara berkaitan kepentingan bangsa, Melayu-Islam, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kerjasama  BN dan PH dalam membentuk kerajaan di Perak dan Pahang adalah berdasarkan prinsip untuk membawa kestabilan kepada kerajaan negeri, selain memastikan kesejahteraan serta kebajikan rakyat.

Pada masa sama, Ahmad Zahid menjelaskan, sekarang adalah masa untuk bekerja dan memastikan segala aspek urusan pembangunan diberikan perhatian sebagai jalan bergerak ke hadapan.

Tegasnya, suasana ekonomi dunia yang mencabar perlu ditangani dengan lebih baik di peringkat tempatan, agar tidak memberikan kesan berterusan kepada negeri dan negara.

“Kerjasama dibina BN Perak dan Pahang juga memancarkan realiti masyarakat berbilang kaum dan meraikan kepelbagaian, sesuai dengan demografi negeri yang merupakan asas kepada pembentukan kerjasama strategik.

“Kerjasama antara blok ini adalah pilihan dan pendekatan baharu, (ia) akan menjadi perintis kepada perpaduan dan keharmonian kerajaan agar fokus pembangunan dapat diteruskan,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, keterbukaan berkenaan, mencerminkan bahawa BN dan PH merintis jalan baharu untuk membawa politik ‘centrik’,  jalan kesederhanaan serta matang.

“Kesemua ini selari dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan diilhamkan Yang di-Pertuan Agong dan kini ia berbentuk kerajaan campuran, selepas Perikatan Nasional (PN) menolak menyertainya.

“Namun semangat perpaduan tetap menjadi inti atau teras utama kerajaan ini,” ujarnya. - Getaran, 29 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad