web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MCA Sokong Kerajaan Perpaduan Pimpinan Anwar, Semua Pihak Perlu Main Peranan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 8:42AM

Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon juga menyeru semua pihak agar bersama memainkan peranan bagi menjamin kestabilan menerusi perdamaian politik - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - MCA menyokong pembentukan kerajaan perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seiring titah Yang di-Pertuan Agong. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Chong Sin Woon berkata, parti itu juga menyeru semua pihak agar bersama memainkan peranan bagi menjamin kestabilan menerusi perdamaian politik, dan bergerak ke hadapan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi demi kepentingan rakyat serta negara.

“Dalam masa sama, MCA akan terus memainkan peranan bagi memastikan kerajaan perpaduan ini memelihara kepelbagaian, kesederhanaan dan membela nasib rakyat majmuk di Malaysia,” katanya. 

Anwar pada Khamis lalu menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10, setelah berlaku situasi Parlimen tergantung pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden PKR tersebut memimpin sebuah kerajaan perpaduan yang dianggotai  Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). 

Dalam pada itu, Sin Woon menambah, MCA semalam telah mengadakan sesi taklimat dan memperincikan perkembangan politik semasa kepada pemimpin parti di peringkat akar umbi selain mendapatkan pandangan mereka.

Beliau berkata, keutamaan MCA pada ketika ini adalah untuk melihat secara mendalam keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) dan merangka strategi bagi membina semula parti. 

“(Dalam masa sama) memberi tumpuan kepada dua kerusi Parlimen dan tujuh Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi, memperbaiki kelemahan yang ada dan berusaha untuk memenangi semula sokongan pengundi,” katanya. 

BN pada PRU-15 mencatat keputusan terburuk dalam sejarah gabungan tersebut apabila hanya berjaya memenangi 30 kerusi.

Ini ialah pencapaian terburuk mereka walaupun pernah tertewas di tangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14.

Kekalahan tersebut menggagalkan hasrat gabungan berkenaan untuk kembali mendominasi pentadbiran negara, sekurang-kurangnya menerusi majoriti mudah. - Getaran, 29 November 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Lucut Hak Mengundi Ahli, Exco MCA Langgar Prinsip Demokrasi, Amalkan Nepotisme - SCA

2

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 2 tahun yang lalu

 10 Lagi Ahli Parlimen BERSATU Dijangka Sokong Anwar

4

Politik 2 tahun yang lalu

Ahli Parlimen Tanjong Karang Nyata Sokongan Terhadap PM, Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar