web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Agenda Kepimpinan Anwar Bawa Sinar Baharu Reformasi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 8:21PM

Anwar secara rasmi dilantik Perdana Menteri Ke-10, selepas mengangkat sumpah jawatan pada Istiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri membawa sinar harapan baru berdasarkan agenda Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu yang komited melawan dan membanteras rasuah, nepotisme, salah guna kuasa serta kleptokrasi.

Menyifatkan Anwar sebagai tokoh Islam disegani seantero dunia oleh masyarakat antarabangsa, Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau mengharapkan menerusi kepemimpinan Presiden PKR itu, ekonomi Malaysia akan kembali dalam trajektori untuk dimartabatkan sebagai Harimau Asia.

“Obor perjuangan reformasi dinyalakan Anwar sejak 24 tahun lalu, bakal menerangi seluruh pelusuk tanah air ini, apabila beliau diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

“Segala perit jerih yang pernah dilalui dan diharungi dalam pelbagai ranjau serta liku jatuh bangun perjuangannya, termasuk dipenjara, diaibkan, dihina, dikhianati dan difitnah, sebaliknya menjadikan insan berintelek tinggi ini berjiwa waja. Sekali gus cekal dan tabah mengharungi 1,001 cabaran," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dr Dzulkefly Ahmad
Dr Dzulkefly Ahmad

Dzulkefly yang juga mantan Menteri Kesihatan, menyeru semua pihak mendoakan agar Anwar terus diberikan taufiq dan inayah untuk memimpin negara ini.

Katanya, dengan berkat doa dan sokongan semua serta pasukan Kabinet Kerajaan Perpaduan bakal dibentuk, Malaysia akan kembali bersinar serta ‘bermaruah’ di mata dunia.

“Malaysia amat berhajatkan tokoh dan pemimpin reformasi ini untuk memacu reformasi atau ‘islah’ yang tulen serta sebenar,” katanya.

Anwar, 75, secara rasmi dilantik Perdana Menteri Ke-10, selepas mengangkat sumpah jawatan pada Istiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri, di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Sebelumnya, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Perdana Menteri.

Keputusan tersebut diumumkan selepas sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara kelmarin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, setelah memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda memberi perkenan terbabit.

Menurutnya, ia selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan. - Getaran, 26 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad