web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen Bebas Dari Kudat Sokong Kerajaan Perpaduan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 12:37PM

Verdon Bahanda ketika bertemu dengan Anwar Ibrahim di Putrajaya - Gambar Facebook Verdon Bahanda

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Kudat Datuk Verdon Bahanda yang merupakan seorang Ahli Parlimen Bebas hari ini mengesahkan sokongan beliau kepada kerajaan perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Verdon berkata beliau menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“Terima kasih tidak terhingga kepada masyarakat di Parlimen Kudat yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui Parlimen Kudat pada PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) dan seperti saya janjikan dalam jelajah kempen saya, Parlimen Kudat tetap akan menjadi kawasan menyokong kerajaan.

“Ia adalah demi untuk kepentingan kawasan Parlimen kita agar kita tidak ketinggalan dalam arus pembangunan serta menjadikan Parlimen Kudat hebat semula setanding dengan kawasan yang lain,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya beliau telah menemui Anwar di Putrajaya semalam bersama Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) Datuk Peter Anthony, Timbalan Presiden KDM Datuk Wetrom Bahanda yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu dan Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin yang juga Ahli Parlimen Bebas.

Khamis lalu (24 November), Peter dilaporkan berkata KDM akur dengan titah Al-Sultan Abdullah agar kerajaan perpaduan diwujudkan demi kestabilan negara serta kesejahteraan rakyat Malaysia.

Penamaan calon PRU-15 pada 5 Nov menyaksikan Riduan mencalonkan diri bertanding di Parlimen Tenom sebagai calon Bebas, namun pada 11 November Peter mengesahkan penyertaan Riduan ke dalam partinya sambil menjelaskan Riduan kekal bertanding sebagai calon Bebas, namun dibantu jentera parti itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad