Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


BN Wajar Isi Jawatan TPM, Komposisi Kabinet Perlu Ikut Nisbah Munasabah

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 7:04AM

Penganalisis politik berpendapat, seorang Ahli Parlimen daripada BN layak dilantik menjadi ‘orang nombor dua’ negara memandangkan gabungan itu antara yang terawal memberikan sokongan kepada Anwar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) wajar diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kabinet Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penganalisis Politik Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat, seorang Ahli Parlimen daripada BN layak dilantik menjadi ‘orang nombor dua’ negara memandangkan gabungan itu antara yang terawal memberikan sokongan kepada Anwar.

Menurut beliau, tindakan BN memberikan sokongan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu untuk menubuhkan kerajaan, memperlihatkan komitmen parti tersebut untuk pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Dr Awang Azman Awang Pawi  - Gambar Fail
Dr Awang Azman Awang Pawi - Gambar Fail

“Kita perlu faham bahawa BN antara (gabungan politik) yang terawal ingin menyokong PH tapi dihalang beberapa Ahli Parlimennya hingga mereka (BN) mengambil pendekatan berkecuali dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan gabungan mana perlu disokong.

“Ia juga satu justifikasi yang sangat baik untuk mengekalkan hubungan antara PH dan BN. Ini kerana dari segi hubungannya dalam beberapa perkara, kita lihat bahawa antara blok politik yang dipercayai ada BN,” katanya kepada Getaran.

Justeru, tegas beliau dengan komitmen BN itu, maka gabungan parti berkenaan adalah blok politik yang sesuai untuk jawatan tersebut.

Diminta mengulas mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi mewakili wilayah di Borneo, Awang Azman berpendapat perlu ada rundingan antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan blok politik di Sabah dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menentukan siapa yang layak mengisi jawatan tersebut.

“Memang dari segi komposisinya GPS lebih besar tetapi ia tertakluk kepada perundingan antara GRS dengan blok politik di Sabah sama ada mewajarkan mereka mendapat kerusi TPM atau satu kerusi (jawatan Menteri) saja.

“Ini bagi mengelakkan rasa tidak puas hati antara gabungan politik di Borneo, pada masa sama dapat memenuhi janji PH iaitu memberikan jawatan TPM mewakili Semenanjung dan Borneo,” katanya.

Tentang jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi mewakili wilayah di Borneo, Awang Azman berpendapat perlu ada rundingan antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan blok politik di Sabah dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menentukan siapa yang layak mengisi jawatan tersebut - Gambar Fail
Tentang jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi mewakili wilayah di Borneo, Awang Azman berpendapat perlu ada rundingan antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan blok politik di Sabah dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menentukan siapa yang layak mengisi jawatan tersebut - Gambar Fail

Sementara itu, mengenai pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan, Awang Azman berkata, komposisi Kabinet yang dibentuk perlu berlandaskan nisbah kerusi Parlimen yang diperoleh blok parti yang menyertainya.

“Nisbah itu perlu munasabah dan realistik agar tidak menimbulkan apa-apa ketidakpuasan hati mana-mana blok politik.

“Mereka juga perlu menerima hakikat prestasi mereka, berapa (jumlah kerusi) mereka peroleh itulah nisbah untuk formula pembentukan Kabinet.

“Selain itu, blok politik tersebut juga perlu memberikan beberapa nama untuk dilantik sebagai ahli Kabinet supaya dapat memberi ruang kepada Perdana Menteri membuat pilihan terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan turut berpendapat BN dan GPS paling sesuai diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri memandangkan Perdana Menteri sudah pun dilantik daripada PH.

Dr Azmi Hassan - Gambar Fail
Dr Azmi Hassan - Gambar Fail

“Jika Perdana Menterinya datang daripada PH, maka di Semenanjung BN adalah yang paling sesuai… cantik untuk diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Di kepulauan Borneo pula, berbanding GRS, GPS mempunyai perwakilan lebih banyak maka seorang Ahli Parlimen daripada GPS sesuai dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Bagi pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan, Azmi berpendapat bahawa barisan Kabinet tidak boleh disandarkan melalui kedudukan parti dalam kerajaan atau pun kedudukan Ahli Parlimen di dalam parti.

Sebaliknya beliau berkata, Anwar memerlukan Menteri dan Timbalan Menteri yang boleh bekerja merentasi kementerian.

“Ini bermakna, menteri yang dilantik tidak boleh hanya bekerja di kementerian yang dipertanggungjawabkan sahaja, jadi faktor pemilihannya agak berbeza.

“Jawatan menteri itu juga mestilah diisi mereka yang pakar, boleh buat kerja dan berwibawa serta mempunyai kepakaran tertentu,” katanya.

Tegasnya, pemilihan ahli Kabinet berwibawa amat penting bagi memberi persepsi atau gambaran bahawa ia Kabinet yang boleh ‘buat kerja’, bukannya dilantik sebagai tanda terima kasih kerana menyokong Perdana Menteri. - Getaran, 25 November 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi