web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tun M Ucap Tahniah Kepada Anwar Dilantik PM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 12:39PM

Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Ucapan ringkas itu dizahirkan mantan Perdana Menteri itu menerusi Facebooknya sehari selepas Anwar mengangkat sumpah jawatan tertinggi negara.

“Saya ucap tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Selamat maju jaya,” katanya.

Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di hadapan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, petang semalam.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ia selepas Seri Paduka mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu mengenai proses melantik Perdana Menteri susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (19 November) lalu.

Menurut rekod, Anwar pernah menyandang beberapa jawatan dalam kabinet iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983), Menteri Pendidikan (1986 hingga 1991), Menteri Kewangan (1991 hingga 1998) dan Timbalan Perdana Menteri (1993 hingga 1998).

Anwar memulakan tugasnya secara rasmi di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Anwar Ibrahim memulakan tugasnya secara rasmi di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini - Gambar Fail Bernama
Anwar Ibrahim memulakan tugasnya secara rasmi di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini - Gambar Fail Bernama

Kenderaan membawa Anwar tiba di pekarangan bangunan Perdana Putra pada jam 9.52 pagi.

Sebaik sahaja tiba di pintu protokol, Perdana Menteri sempat menurunkan tingkap kenderaan dan melambai ke arah sekumpulan pengamal media yang berada di pintu masuk berkenaan.

Ketibaan Anwar disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Anwar yang mengenakan baju Melayu lengkap bersamping kemudian mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya di Aras 5. – Getaran, 25 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad