web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Didakwa ‘Diam-Diam’ Sokong Anwar, MCA Desak Ahmad Zahid Berundur

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 6:47PM

Sin Woon menggesa Ahmad Zahid supaya berundur. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik kenyataan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang menegaskan parti itu mengambil pendirian ‘berkecuali’ setakat ini dalam isu pembentukan kerajaan Persekutuan, Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa membuat pendirian bertentangan secara ‘diam-diam’.

Perkara itu terbongkar selepas tular surat menggunakan kepala surat BN ditandatangani beliau, mendakwa kononnya BN memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Justeru, Setiausaha Agung MCA, Datuk Choong Sin Woon menggesa Ahmad Zahid supaya berundur daripada kepimpinan parti atas tindakan membelakangi keputusan Dewan Tertinggi BN.

“Ditegaskan bahawa isi kandungan surat bertarikh 22 November dengan menggunakan kepala surat (letterhead) BN yang ditandatangani Ahmad Zahid, mengenai BN memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10, bukanlah keputusan dibuat secara konsensus dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada tarikh sama,” katanya menerusi kenyataan.

Sin Woon berkata, sebaliknya, Dewan Tertinggi BN kekal dengan pendirian berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak buat masa ini.

“Apa yang berlaku dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi, MCA dan parti-parti komponen BN mempersoalkan tindakan Ahmad Zahid yang dilihat secara jelas bercanggah dengan apa diputuskan Dewan Tertinggi BN.

“Pada mulanya beliau cuba menafikan mengenai surat tersebut, namun mengakuinya selepas seorang anggota Dewan Tertinggi BN mengemukakan bukti sahih,” katanya.

Beliau berkata, surat diserahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu, secara jelas melanggar ketetapan dibuat Dewan Tertinggi BN, malah mempersembah maklumat salah kepada baginda.

“Justeru, MCA percaya Ahmad Zahid tidak lagi layak memimpin BN sebagai Pengerusi dan sekali lagi menggesa agar beliau meletakkan jawatan secara terhormat, seterusnya digantikan dengan Datuk Seri Mohamad Hasan, seperti disarankan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi,” katanya.

Terdahulu, BN menerusi kenyataan rasmi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan, Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat semalam memutuskan beberapa perkara, termasuk tiada mana-mana dalam kalangan 30 Ahli Parlimen BN memberikan sokongan terhadap pencalonan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10 seperti didakwa segelintir pihak.

Malah, beliau berkata, pemakluman mengenai perkara itu sudah dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ismail Sabri pula menerusi kenyataannya berkata, mesyuarat itu juga bersetuju BN kekal sebagai pembangkang buat masa ini.

Jelasnya, mesyuarat itu juga memutuskan untuk BN bersikap ‘berkecuali’ dengan tidak menyokong PH atau PN bagi membentuk kerajaan. - Getaran, 23 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad