web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PH-BN Pahang Duduk Semeja Bincang Usaha Tubuh Kerajaan Negeri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 5:53PM

Dewan Undangan Negeri Pahang. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Pahang sudah mengadakan perbincangan berhubung usaha membentuk kerajaan baharu di negeri berkenaan.

Perbincangan itu diadakan antara Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari dengan Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, semalam.

Setiausaha PH Pahang, Rizal Jamin berkata, hasil perbincangan adalah positif ke arah membentuk kerajaan negeri yang stabil dan inklusif menerusi kerjasama BN serta parti itu.

“(Ia) demi menjamin kemakmuran dan pembangunan mapan ekonomi Pahang.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan mewakili Amiruddin yang juga Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pakatan Harapan Pahang serta lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri berkenaan.

Mereka adalah Ho Chi Yang (Tanah Rata), Lee Chin Chen (Bilut), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Tras), Thomas Su (Ketari), Woo Chee Wan (Mentakab), Leong Yu Man (Triang), Chan Chun Kuang (Semambu) dan Sim Chon Siang (Teruntum).

Pahang mempunyai 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mana-mana parti perlu memperoleh 22 kerusi bagi mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Bagaimanapun, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), PN mendapat 17 kerusi, diikuti BN (16) dan PH (8), sekali gus mencetuskan persoalan parti mana akan membentuk kerajaan negeri.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik mengetuai rundingan mewakili PN dengan Wan Rosdy berhubung pembentukan kerajaan Pahang, seolah-olah membayangkan kerjasama berkemungkinan terjalin antara PN dengan BN.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau yang memenangi kerusi DUN Cheka di Parlimen Lipis, meminta masyarakat mendoakan kebaikan untuk Pahang.

“Doakan kebaikan untuk Pahang. Insya-Allah,” katanya. - Getaran, 23 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Politik 1 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan