web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembentukan Kerajaan Persekutuan: Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu Esok

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 3:26PM

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah - Gambar hiasan oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitah perkenan untuk Istana Negara menganjurkan satu Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu, susulan sesi menghadap hari ini.

Perbincangan khas tersebut akan berlangsung di Istana Negara esok.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

“Seri Paduka Baginda menyeru agar seluruh rakyat dan semua pihak terus beristiqamah dan bertenang sehingga proses membentuk kerajaan baharu selesai.

“Sesungguhnya, masa depan negara tumpahnya darah kita adalah terlalu berharga dan wajar kita rencanakan dengan penuh cermat serta teliti. Rakyat telah pun membuat keputusan untuk memilih wakil mereka,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu tambahnya, terserah kepada wakil rakyat untuk mencari penyelesaian bagi mengurai kemelut yang membelenggu rakyat.

Jela Ahmad Fadil, Seri Paduka Baginda mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan kesejahteraan negara yang tercinta ini.

Pagi ini, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap kumpulan wakil Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara berasingan di Istana Negara.

Semua sesi menghadap itu kata Ahmad Fadil, adalah lanjutan daripada sesi menghadap ketua- ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) secara berasingan bermula pada jam 4.30 petang semalam.

“Sesi menghadap ketua-ketua gabungan adalah susulan daripada hasil pengesahan calon-calon Perdana Menteri yang telah dimaklumkan oleh setiap ketua parti dan ketua gabungan parti politik kepada Istana Negara semalam.

“Didapati bahawa tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10,” katanya.

“Adalah dimaklumkan bahawa proses di atas selaras dengan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan dan bertujuan supaya Yang di-Pertuan Agong dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat, yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri,” katanya. - Getaran, 23 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Menteri Perlu Jalankan Tugas Dengan Integriti, Utamakan Kepentingan Rakyat - Agong

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Miliki Potensi Besar Dalam Teknologi Blok Rangkaian - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

DJ Dave Raih Anugerah Khas Kelab Rotary Untuk Perpaduan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar