web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


30 Ahli Parlimen BN Dititah Menghadap Agong Esok

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 6:53PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 30 Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara individu bermula pada jam 10.30 pagi esok di Istana Negara.

Titah itu lanjutan daripada sesi menghadap ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bersama baginda pada jam 4.30 petang hari ini di Istana Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, proses menghadap secara individu itu bertujuan supaya Al-Sultan Abdullah dapat membuat keputusan bagi melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda, mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri seperti diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga proses tersebut dipermudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan tanah air tercinta.

“Seri Paduka Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” katanya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong menitahkan ketua gabungan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap baginda pada jam 4.30 petang tadi di Istana Negara.

Titah tersebut dikeluarkan memandangkan tiada Ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan majoriti mudah setakat ini.

Bagaimanapun, Anwar pada sidang media di pekarangan luar Istana Negara memaklumkan, pemimpin gabungan mana yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri, masih belum diputuskan Al-Sultan Abdullah. - Getaran, 22 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Menteri Perlu Jalankan Tugas Dengan Integriti, Utamakan Kepentingan Rakyat - Agong

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Miliki Potensi Besar Dalam Teknologi Blok Rangkaian - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

4

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar