web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


(LANGSUNG) Pemimpin BN, PH Bertemu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 11:01AM

Anwar bersama beberapa pemimpin PH dan BN.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Beberapa jam sebelum 2 petang, iaitu waktu penamat diberikan Istana Negara, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilihat memasuki Hotel Seri Pacific di sini, sejurus selepas 9 pagi.

Desas-desus menyatakan ada pertemuan antara pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan.

Walaupun sumber enggan mendedahkan agenda mesyuarat itu kepada Malaysiakini, ada yang memberitahu hanya memetik ‘perkara biasa’, 

Beberapa anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) yang lazimnya ditugaskan mengawasi keselamatan Perdana Menteri turut dilihat berada di perkarangan hotel.

Kira-kira 10 wakil media juga sudah berhimpun sejak 9 pagi tadi.

 1.15 pm -  Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga dilaporkan baru tiba di hotel.

Syed Saddiq dilihat baru tiba di hotel Seri Pacific.
Syed Saddiq dilihat baru tiba di hotel Seri Pacific.

12.20 pm - Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad tiba di Seri Pacific

11.52 am - Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dari Parti Bangsa Malaysia (PBM) juga kelihatan di hotel.

11.46 am - Turut kelihatan di Hotel Seri Pacific adalah Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil. Zahid dan Ismail Sabri telah meninggalkan perkarangan hotel.

11.45 am - Difahamkan lain-lain Ahli Parlimen telah mengadakan pertemuan awal dengan Anwar. Mereka adalah Zahid dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, Ismail Sabri, Khaled, ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan.

11.44 am - Seramai 27 Ahli Parlimen BN temasuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berada di sidang media BN. Hanya Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak hadir.

Ahmad Zahid dan Mohamad Hassan pada sidang media.
Ahmad Zahid dan Mohamad Hassan pada sidang media.

11.48 am - Setiausaha Agong DAP,  Anthony Loke tiba

11.30 am - Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari tiba.

11.15 am - Zahid mendedahkan 26 Ahli Parlimen hadir pada pertemuan itu manakala dua lagi tidak hadir kerana kurang sihat

10.53 am - Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R Ramanan dan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya yang juga Ketua AMK, Adam Adli tiba di hotel

Adam Adli
Adam Adli

10.30 am - Pengerusi PH dan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba.

10.20 am - Timbalan Presiden MIC dan Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan tiba di hotel. Katanya, pemimpin BN berada di situ untuk memutuskan siapa yang akan mereka pilih sebagai Perdana Menteri.

M Saravanan
M Saravanan

10.03 am - Presiden MCA dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong tiba di lokasi

10.02am - Bercakap kepada pemberita, Ismail Sabri berkata, sebarang keputusan dibuat oleh BN perlu melalui kepimpinan tertinggi gabungan itu manakala Zahid pula berjanji akan mengadakan sidang akhbar, hari ini.

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

10.01 am - Perdana Menteri Sementara dan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri tiba di hotel dengan kawalan ketat.

10.00 am - Beberapa Ahli Parlimen UMNO mula hadir, antaranya Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang) dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Titiwangsa).

Shamsul Anuar Nasarah
Shamsul Anuar Nasarah
 Azalina Othman Said
Azalina Othman Said
Johari Abdul Ghani
Johari Abdul Ghani

Turut menyusul ialah Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

9.50 am - Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan Datuk Seri Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) tiba di hotel.

9.30 am - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Salahuddin Ayub, serta Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari tiba serentak.

 Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

Ahmad mengesahkan semua Ahli Parlimen BN akan bermesyuarat hari ini.

Mohamed Khalid Nordin
Mohamed Khalid Nordin

Turut kelihatan ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor yang tiba lebih awal. - The Vibes, 21 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan