web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Digesa Letak Jawatan, Lantik Ismail Sabri Presiden, KJ Timbalan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 9:58PM

Ariffin Abu Bakar berkata, pihaknya menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan dan menentang sebarang usaha membentuk gabungan kerajaan antara Pakatan Harapan (PH) dan BN - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO perlu melaksanakan perubahan segera dengan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Presiden dan Khairy Jamaluddin diangkat menjadi Timbalan Presiden bagi memikat kembali hati rakyat kepada Barisan Nasional (BN). 

Ketua Penerangan Gerakan Baju Merah, Ariffin Abu Bakar berkata, dua figura itu dilihat bersikap matang walaupun didesak oleh kluster mahkamah, khususnya daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membubarkan Parlimen. 

“Saya nampak pemimpin bersih (UMNO) adalah mantan Perdana Menteri, Ismail Sabri yang seolah-olah ditekan, dihentam, namun beliau tetap berjuang serta komited bersama parti dan BN. 

“Beliau adalah pemimpin bersih dan kami harap Ismail Sabri diangkat menjadi Presiden UMNO dan Khairy Jamaluddin sebagai Timbalan, di mana wujud keseimbangan antara pimpinan senior serta muda,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Menara Datuk Onn Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini. 

Ariffin berkata, pihaknya menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan dan menentang sebarang usaha membentuk gabungan kerajaan antara Pakatan Harapan (PH) dan BN.

Sekiranya Pengerusi BN itu tidak melepaskan jawatan, beliau berkata, pihaknya akan mengancam untuk turun ke jalan bagi mendesak Ahmad Zahid berundur. 

“Kami memang mahu gabungan yang ada buktikan tiada DAP, Anwar, tapi apa kami nampak seolah-olah nak beri pemimpin itu jadi Perdana Menteri. 

“Mungkin untuk lepaskan kluster mahkamah dan Presiden sendiri (Ahmad Zahid) untuk bebas dari kes beliau yang sedang dihadapi ketika ini,” katanya. 

Dalam pada itu, Ariffin berkata, pihaknya kecewa apabila Ahmad Zahid menggunakan kuasa veto beliau untuk menyingkirkan ‘warloads’ UMNO yang sudah berjuang sebaiknya pada PRU-15. 

“Kami mahukan kestabilan ekonomi negara, kita bukan politik untuk individu melepaskan tengkuk sendiri, menjahanamkan parti keramat UMNO. 

“Kita tidak akan duduk diam sebab terkilan apabila panglima utama seperti Tan Sri Noh Omar dan Tan Sri Annuar Musa disingkirkan daripada menjadi calon, manakala pemimpin berkaliber seperti KJ (Khairy Jamaluddin) diletakkan di sarang lubuk PH,” katanya. 

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tiada parti politik memperoleh 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen dipertandingkan atau majoriti mudah pada PRU-15. 

Berdasarkan keputusan rasmi sehingga 4.30 pagi tadi, PH memenangi 76 kerusi, manakala parti gabungannya DAP di Sarawak mendapat lima kerusi dan MUDA menang satu kerusi, menjadikan keseluruhan 82 kerusi Parlimen diperoleh gabungan itu.

Perikatan Nasional (PN) dan PAS pula memperoleh 73 kerusi Parlimen selepas masing-masing menang 51 dan 22 kerusi.

Barisan Nasional (BN) memperoleh 30 kerusi, diikuti Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (6), WARISAN (3), Parti Bangsa Malaysia (1) dan calon Bebas (2).

PRU-15 merupakan peristiwa hitam buat BN yang kalah teruk di kebanyakan kerusi Parlimen, malah majoriti calonnya, termasuk nama pilihan yang dijangka meraih kemenangan, tewas.

Antara calon itu adalah Khairy yang tewas di Sungai Buloh, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Gerik), Isham Jalil (Shah Alam) dan Shahril Hamdan (Alor Gajah). - Getaran, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan