Berita Terkini

21 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


GPS Setuju Bentuk Kerajaan Persekutuan Dengan PN, GRS Dan BN

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Nov 2022 7:00PM

Abang Johari (kanan) berbincang dengan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar sebelum mesyuarat Pra Persidangan DUN Sarawak yang bermula esok di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan Parti Sarawak (GPS) memutuskan untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang stabil dan kukuh pada kadar segera.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, pembentukan gabungan itu juga demi memastikan kesejahtaraan rakyat terjamin dan ekonomi negara terpelihara.

“Kita semua sedia maklum bahawa tiada sesebuah parti mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan setelah selesai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semalam.

“Dunia dan negara kita bakal berhadapan dengan cabaran krisis ekonomi sekarang dan keadaannya dijangka akan menjadi lebih genting pada tahun hadapan.

“Demi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan ekonomi negara kita terpelihara, maka sebuah kerajaan yang stabil dan kuat haruslah dibentuk dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abang Johari Abang Openg
Abang Johari Abang Openg

Menurut beliau, keputusan pembentukan gabungan itu turut mengambil kira kepentingan rakyat di Sarawak.

“Antaranya menegakkan keluhuran Perlembagaan Malaysia, Perlembagaan Sarawak dan kedaulatan undang-undang yang diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan IGC.

“Menegakkan hak kebebasan beragama dan amalan kepelbagaian adat resam dan budaya di Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan IC,” katanya.

Jelas Abang Johari berkata, keputusan berkenaan turut menitikberatkan autonomi dari segi perancangan pembangunan pendidikan dan kesihatan serta perkara lain yang mempunyai kepentingan Sarawak.

Malah katanya, fokus dan tanggungjawab utama gabungan itu ketika ini haruslah memastikan kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.

Awal hari ini, Abang Johari bertemu Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan pembentukan kerajaan Persekutuan.

Gambar pertemuan ketiga-tiga pemimpin bersama seorang lagi individu tidak dikenali itu dimuatnaik Muhyiddin di Facebook miliknya.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi GPS, Datuk Seri Yong Teck Lee berkata, PN memiliki majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan termasuk Ahli Parlimen BN.

Bagaimanapun katanya, kerjasama itu tidak membabitkan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, majoriti tersebut diperoleh berdasarkan sokongan Ahli Parlimen pelbagai parti kepada PN.

Teck Lee bagaimanapun enggan mendedahkan identiti atau jumlah parti yang memberikan sokongan berkenaan.

PH memperoleh 82 kerusi pada PRU-15 semalam.
PH memperoleh 82 kerusi pada PRU-15 semalam.

Dalam PRU-15, PH memenangi 82 kerusi dan PN dengan 73 kerusi, setakat 4.30 pagi tadi, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan keputusan bagi 219 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.

PN mencatat prestasi mengagumkan pada pilihan raya kali.
PN mencatat prestasi mengagumkan pada pilihan raya kali.

PN mencatat prestasi mengagumkan pada pilihan raya kali ini apabila menyapu bersih 14 kerusi Parlimen di Kelantan dan lapan di Terengganu menggunakan logo PAS.

PN juga membentuk kerajaan negeri di Perlis setelah memenangi 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). 

BN pula mengalami kekalahan paling buruk dalam sejarah politiknya apabila hanya menang 30 daripada 178 kerusi yang ditandingi.

GPS pula menang 22 kerusi, berbanding 18 kerusi disandangnya pada Parlimen lalu; GRS dengan enam kerusi; WARISAN (3); Bebas (2) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) meraih satu kerusi manakala Gerakan Tanah Air (GTA) gagal memenangi sebarang kerusi. – Getaran, 20 November 2022

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 16 jam yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Luar Negara 15 jam yang lalu

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki

Politik 17 minit yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen