web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15 Sejarah Hitam Buat UMNO Dan BN - Bung Mokhtar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 4:35PM

Bung Moktar berkata UMNO harus menerima keputusan rakyat untuk menolak parti itu. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diakui sebagai sejarah terburuk UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Mengesahkan perkara itu, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan tersebut membuktikan rakyat masih menolak BN walaupun gabungan terbabit menawarkan politik dan kerajaan yang stabil.

“Kita kena terima keputusan bahawa rakyat menolak kita dan akan cuba berusaha melaksanakan cara lain (untuk rakyat mendekati semula UMNO dan BN).

“Mesyuarat (Biro Politik UMNO) membincangkan isu-isu semasa dan Insya Allah BN akan tentukan hala tuju kita,” katanya ketika ditemui media di Menara Datuk Onn, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu bagaimanapun berkata, tiada keperluan untuk mendesak pengunduran Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana segala tindakan dan strategi diambil adalah keputusan bersama.

“Tidak sampai ke tahap itu, kita akan bincang sebab semua pemimpin UMNO kena bertanggungjawab kerana itu keputusan politik.

“Kalau letak jawatan, semua kena letak jawatan. Bukan sahaja Presiden, (tapi) termasuklah saya (kena mengundurkan diri),” katanya.

Mengulas peletakan jawatan Tan Sri Noh Omar sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Bung berkata, beliau menghormati keputusan diambil bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu.

Noh Omar meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor. - Gambar oleh Azim Rahman
Noh Omar meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor. - Gambar oleh Azim Rahman

Menurut beliau, kekalahan ini membuktikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu terbuka untuk dikritik demi memastikan parti politik itu mampu memikat semula hati rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Setiap parti perlu mengubah dia punya parti sebab senario PRU kali ini berbeza dengan lalu dan yang akan datang pun berbeza. Sebab itu kena hormat dalam menentukan hala tuju masa depan kita.

“Ini bermakna kepimpinan akan bertukar ganti dan akan pastikan bahawa UMNO serta BN akan terus beri nafas baharu kepada rakyat di bawah dan kita akan buktikan cara terbaik agar parti dapat diselamatkan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika dihampiri media tidak mahu mengulas lanjut berkenaan keputusan mesyuarat.

“Mesyuarat biro politik UMNO berjalan baik manakala Mesyuarat MKT ditangguhkan,” katanya sebelum beredar meninggalkan perkarangan bangunan.

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turut mengunci mulut apabila ditanya sekiranya wujud desakan dalam kalangan pemimpin UMNO agar Zahid meletakkan jawatan.

Saarani Mohamad mengunci mulut apabila ditanya sekiranya wujud desakan dalam kalangan pemimpin UMNO agar Zahid meletakkan jawatan. - Gambar oleh Azim Rahman
Saarani Mohamad mengunci mulut apabila ditanya sekiranya wujud desakan dalam kalangan pemimpin UMNO agar Zahid meletakkan jawatan. - Gambar oleh Azim Rahman

“Tiada (pemimpin desak Ahmad Zahid berundur sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN),” katanya, ringkas.

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tiada parti politik memperoleh 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertanding atau majoriti mudah dalam PRU-15.

Berdasarkan keputusan rasmi sehingga 4.30 pagi tadi, Pakatan Harapan (PH) memenangi 76 kerusi manakala parti gabungannya iaitu DAP di Sarawak dan MUDA masing-masing memperoleh lima serta satu kerusi, menjadikan jumlah keseluruhan diperoleh PH sebanyak 82 kerusi Parlimen.

Gabungan Perikatan Nasional (PN) dan PAS pula memperoleh 73 kerusi Parlimen selepas masing-masing menang 51 dan 22 kerusi.

Barisan Nasional (BN) memperoleh 30 kerusi diikuti Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), WARISAN (tiga), Parti Bangsa Malaysia (satu) dan calon Bebas (dua). - Getaran, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar