web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Abang Johari Puas Hati Dengan Pencapaian GPS Pada #PRU15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 4:31AM

Abang Johari pada sidang media Majlis Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg berpuas hati dengan prestasi gabungan politik itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) apabila memenangi 21 daripada 31 jumlah keseluruhan kerusi Parlimen di negeri itu. 

Beliau berkata jumlah itu sudah melepasi 19 kerusi yang dimenangi ketika GPS, yang terdiri daripada empat parti, bertanding di bawah Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 pada tahun 2018.

"Hari ni sah 21 (kerusi) dan kalau dikira, akan dapat dua lagi jadi penambahan 23 (kerusi). Ini jumlah yang memuaskan," katanya pada sidang akhbar di sini malam ini. 

Tambahan dua kerusi yang dirujuk Abang Johari ialah Limbang dan Baram. 

Keputusan rasmi bagi Limbang tidak dapat diumumkan malam ini kerana beberapa peti undi belum tiba di pusat penjumlahan manakala pengundian di Baram terpaksa ditangguhkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan cuaca buruk.

Abang Johari, yang juga Premier Sarawak, berkata pencapaian GPS pada pilihan raya kali ini adalah dalam anggaran mereka menjelang hari pengundian dengan satu daripada parti komponennya, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), berjaya memenangi tambahan kerusi untuk mereka iaitu di Sarikei.

Beliau berkata kemenangan di Sri Aman dan Lubok Antu juga penting kepada GPS serta menyifatkan kekalahan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum di Julau sebagai tidak bernasib baik.

Abang Johari berkata GPS juga berhasrat untuk menang di kerusi Parlimen Saratok namun pengundi di kawasan itu telah membuat keputusan sebaliknya.

“Kita perlu menerima keputusan rakyat. Anda perlu menghormati keputusan mereka. Memanglah kita meletakkan calon untuk menang tetapi inilah politik,” katanya.

Datuk Ali Biju daripada Perikatan Nasional-Bersatu memenangi kerusi itu selepas memperoleh 19,223 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang Giendam Jonathan Tait (GPS) yang meraih 10,397 undi dan Ibil Jaya (Pakatan Harapan), yang mendapat 1,221 undi serta hilang wang deposit.

Abang Johari juga berkata terdapat kemungkinan satu gabungan Kerajaan Persekutuan akan dibentuk susulan keputusan PRU15 setakat ini yang menyaksikan tiada gabungan atau parti muncul sebagai pemenang yang jelas atau memiliki jumlah kerusi dominan.  

“Saya belum mendapat butiran mengenai keputusan di Semenanjung Malaysia meskipun saya telah dimaklumkan bahawa BN sedikit mendahului dalam pilihan raya ini. Isu sama ada GPS akan bekerjasama dengan mereka akan diputuskan kemudian,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 6 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad