web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


GPS Menang 5 Kerusi Di Sarawak, BN Di Beaufort

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 10:40PM

Lima kerusi yang dimenangi oleh GPS ialah Igan, Mukah, Lawas, Betong dan Batang Sadong. - Gambar fail

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memenangi lima kerusi Parlimen di negeri itu manakala Barisan Nasional (BN) menawan satu kerusi Parlimen di Sabah iaitu Beaufort, berdasarkan keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat 9.45 malam.

Lima kerusi yang dimenangi GPS ialah Igan, Mukah, Lawas, Betong dan Batang Sadong.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong, yang juga penyandang Parlimen Lawas, mempertahan kerusi itu dengan majoriti 5,677 undi menewaskan dua pencabarnya iaitu Baru Bian (Parti Sarawak Bersatu) dan Japar Suyut daripada Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Hanifah Hajar Taib pula mempertahan kerusi Parlimen Mukah dengan memperoleh majoriti 15,686 undi menewaskan Abdul Jalil Bujang (PH).

Kerusi Parlimen Batang Sadong dimenangi Rodiyah Sapiee dengan majoriti 14,893 undi dalam pertandingan satu lawan satu manakala Dr Richard Rapu @ Aman Begri (Betong) dengan majoriti 11,302 undi dan Ahmad Johnie Zawawi (Igan) dengan majoriti 14,662 undi.

Ketua Wanita UMNO Beaufort Datuk Siti Aminah Aching menang di kerusi Parlimen Beaufort dengan majoriti 2,518 undi menewaskan lima pencabar lain.

Penjumlahan undi di kerusi Parlimen lain masih berlangsung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar