web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Didakwa Kalah Teruk, Penyokong, Ahli UMNO Tinggalkan Pejabat Negeri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 10:22PM

Saarani tiba di Bangunan UMNO Perak. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Sejumlah besar penyokong dan ahli UMNO didakwa sudah meninggalkan pejabat negeri di Ipoh, selepas parti itu mencatatkan persembahan buruk di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sumber memberitahu Getaran, Menteri Besar sementara, Datuk Seri Saarani Mohamad turut berdepan kesukaran untuk mempertahankan kerusi DUN Kota Tampan.

“Saingan sengit di Kota Tampan, walaupun MB. Beliau tidak mengadakan sebarang sidang media dan ramai penyokong serta ahli parti sudah meninggalkan pejabat UMNO negeri untuk pulang ke rumah,” katanya yang enggan dikenali.

“Saya rasa kami hilang banyak kerusi. Saya rasa kami kalah di Kenering, malah Lenggong juga.

“Dari ibu pejabat, saya dengar kami kehilangan Ketereh. Shahril Hamdan kalah, begitu juga Reezal Merican. Satu-satunya berita baik yang saya dengar ialah KJ menang.”

Satu lagi sumber menambah, Saarani jika mengikut jadual asal merancang untuk mengadakan sidang media bagi mengumumkan kejayaan mereka.

Bagaimanapun selepas menyedari parti itu berkemungkinan besar kalah, beliau bertindak membatalkan perancangan tersebut.

Ketika ditanya mengenai keputusan, sumber memberitahu: “Saya rasa paling banyak pun BN boleh menang ialah 20 kerusi, yang mereka hilang kepada PN sebelum ini. Tapi PN pun tak boleh menang sehingga 20 kerusi.

“Melihat daripada suasana, saya rasa PH akan menguasai majoriti kerusi DUN.”

Perak terdiri daripada 59 kerusi DUN dan memerlukan 30 kerusi untuk menang dengan majoriti mudah. - Getaran, 19 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar