Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRU-15: Tiada Parti Peroleh Majoriti Jelas, Dijangka Lebih Banyak ‘Drama Politik’

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 6:10PM

Rakyat Malaysia akan menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) esok dengan harapan, parti dipilih mereka mampu membentuk kerajaan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia akan menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) esok dengan harapan, parti dipilih mereka mampu membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, memandangkan terdapat kemungkinan besar ‘Parlimen tergantung’ apabila tiada gabungan memperoleh jumlah kerusi mencukupi 111, penganalisis politik percaya bahawa nasib negara akhirnya ditentukan oleh elit politik (kumpulan individu yang memiliki kuasa).

 

Adakah keputusan tiada majoriti mencukupi akan mengakibatkan Parlimen tergantung?

Timbalan Pengarah Urusan BowerGroupAsia, Asrul Hadi Abdullah Sani memberitahu Getaran, persaingan sengit ketika ini adalah antara tiga gabungan utama politik, iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), dan Perikatan Nasional (PN).

“Keputusan PRU-15 semakin jelas tanpa mana-mana parti, iaitu PH, PN atau BN akan memperoleh kemenangan mutlak. Kita boleh jangka akan berlaku rundingan antara parti. Bergantung kepada rundingan, ada kemungkinan besar Anwar akan menjadi Perdana Menteri.

Persaingan sengit ketika ini adalah antara tiga gabungan utama politik, iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), dan Perikatan Nasional (PN) - Gambar Hiasan oleh Abdul Razak Latif
Persaingan sengit ketika ini adalah antara tiga gabungan utama politik, iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), dan Perikatan Nasional (PN) - Gambar Hiasan oleh Abdul Razak Latif

“Bagaimanapun, perbincangan bergantung kepada apa tawaran sanggup dibuat PKR dan DAP, sama ada kepada UMNO atau GPS. Keupayaan (Datuk Seri Dr) Ahmad Zahid Hamidi untuk mempertahankan kerusinya juga akan menjadi faktor penentu dalam rundingan.

“Sebelum pilihan raya lalu, tiada siapa menjangkakan (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) dan DAP akan membentuk bersama kerajaan Persekutuan. Pilihan raya kali ini tidak sepatutnya menyaksikan kelainan dari segi membentuk gabungan baharu,” katanya.

Komen senada diberikan penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Mohd Azizuddin Mohd Sani yang percaya bahawa keputusan pengundian esok akan membawa kepada Parlimen tergantung, keadaan yang tidak pernah dialami dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.

Ahli akademik itu menjelaskan, dalam keadaan seperti itu, kemungkinan terdapat beberapa keputusan seperti pernah berlaku di Perak dan Kedah.

“Dalam kes itu, Sultan meminta parti yang mempunyai kerusi terbanyak membentuk kerajaan. Contohnya, jika PH menang paling ramai, Agong mungkin meminta (Datuk Seri) Anwar Ibrahim membentuk kerajaan.

“Dalam tempoh ini, Anwar perlu berunding dengan parti lain yang sanggup bersamanya sebagai sebahagian daripada gabungan itu. Itu mungkin (berlaku) jika PH mendapat jumlah terbesar. Jika parti lain, mereka akan diberi peluang untuk menubuhkan kerajaan,” kata Azizuddin.

 

Tiada Bayangan Parlimen Tergantung

Bagaimanapun, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Kartini Aboo Talib berpendapat, ketika ini tiada bukti jelas bahawa kemungkinan berlaku Parlimen digantung.

Beliau turut meramalkan, ia akan menyaksikan kewujudan kerajaan campuran kerana tiada pemimpin memperoleh kerusi mencukupi dalam pertandingan PRU-15 untuk ke Putrajaya.

“Ramai penganalisis meramalkan ia akan menjadi kerajaan campuran. Tiada siapa mendapat majoriti dan tidak akan ada lagi ‘katak melompat’, terima kasih kepada Akta Lompat Parti yang berkuat kuasa pada 5 Oktober 2022. Kita mungkin melihat kebuntuan di Parlimen jika 2/3 majoriti tidak boleh mencapai pindaan atau perubahan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Selain itu, kita tidak melihat kebuntuan politik setiap hari, kes demi kes,” katanya.

Sentimen beliau dikongsi Profesor Universiti Tasmania, James Chin yang menolak akan berlaku Parlimen tergantung pada keputusan PRU-15 Sabtu ini, dengan menegaskan Perdana Menteri baharu akan mengangkat sumpah Ahad.

“Bagi memberi penjelasan, beberapa penganalisis mengatakan Parlimen tergantung pada Sabtu, (tetapi) tidak ada perkara seperti itu. Kerajaan akan ditetapkan pada malam Sabtu dan Perdana Menteri dilantik Ahad. Tidak akan ada ketidakstabilan politik. Tolong jangan takutkan rakyat untuk mengundi. Hormati pengundi.

 “Tolong tularkan #PRU-15,” ciap Chin.

Selain itu, Azizuddin percaya akan ada beberapa siri rundingan oleh tiga gabungan utama yang akan berlangsung sehingga seminggu, sebelum konsesi dibuat.

 

Siapa Akan Membentuk Kerajaan Campuran Baharu?

Menyentuh mengenai kemungkinan mana-mana gabungan membentuk kerajaan dan sama ada PH akan mendahului seperti hasil tinjauan itu, tetapi mungkin kekurangan majoriti untuk mentadbir, felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata, gabungan itu tidak mempunyai pilihan selain untuk menang.

Kegagalan meraih kemenangan berkemungkinan besar menyaksikan mereka berada di kerusi pembangkang kerana berkemungkinan besar BN dan PN yang berpaksikan Melayu akan bergabung semula.

Kegagalan PH meraih kemenangan berkemungkinan besar menyaksikan mereka berada di kerusi pembangkang kerana berkemungkinan besar BN dan PN yang berpaksikan Melayu akan bergabung semula - Gambar Hiasan oleh Alif Omar
Kegagalan PH meraih kemenangan berkemungkinan besar menyaksikan mereka berada di kerusi pembangkang kerana berkemungkinan besar BN dan PN yang berpaksikan Melayu akan bergabung semula - Gambar Hiasan oleh Alif Omar

“Saya fikir jika PH tidak dapat memperoleh majoriti langsung di Parlimen, peluang untuk mereka membentuk sebarang gabungan adalah sangat sukar kerana pemimpin Melayu Islam akan menghalang PH daripada membentuk sebarang kerjasama.

“Jadi, jika mereka menang majoriti. maka tiada apa yang boleh diperkatakan, bukan?

“Tetapi jika tidak, walaupun PN dan BN akan menang kerusi kurang daripada itu, mereka akan kembali bergabung, seperti dalam PN serta BN akan bersama semula dengan sokongan GPS, GRS dan mungkin juga Warisan, siapa tahu. Dengan itu ia akan kembali kepada apa yang berlaku dua tahun lalu,” kata Ei Sun.

Susulan kerjasama mereka, pakar itu meramalkan, beberapa pergaduhan antara UMNO dan PAS akan tercetus mengenai siapa akan menduduki jawatan Perdana Menteri.

Ei Sun tidak mengaitkan Bersatu kerana menjangkakan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, tidak mempunyai kerusi sebanyak parti Islam pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Jika PAS dan UMNO memiliki jumlah kerusi tidak banyak beza, maka mereka akan ‘memperjuangkan’ jawatan Perdana Menteri. Seperkara lagi ialah perebutan kuasa yang berterusan dalam UMNO sendiri.

“Jadi, mungkin ada beberapa perebutan kuasa membabitkan kerajaan campuran dalam UMNO dan sebagainya,” kata Oh merujuk kepada perang saudara semasa yang dicetuskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendesak pilihan raya ini diadakan, dengan menggantikan beberapa ‘warlord’ parti semasa hari penamaan calon.

Bagaimanapun, Azizuddin tidak bersetuju dengan perspektif Ei Sun bahawa BN dan PN akan bersatu sekali lagi untuk memerintah negara seperti yang berlaku selepas Langkah Sheraton pada 2020.

Jelasnya, ia kerana wujud fakta bahawa antara kedua-dua gabungan itu, mereka tidak akan dapat memutuskan siapa yang akhirnya duduk di kerusi Perdana Menteri. – Getaran, 18 November 2022

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

Semasa 21 jam yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 23 jam yang lalu

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu