web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Shahrir Jangka Kumpulan ‘Memberontak’ Berdepan Laluan Sukar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 5:29PM

Shahrir Abdul Samad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Mantan tokoh UMNO yang berdepan calon Barisan Nasional (BN) akan menghadapi laluan sukar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Walaupun beliau enggan membuat sebarang spekulasi mengenai peluang bekas rakannya dalam UMNO yang bertanding di atas tiket parti lain atau Bebas, Shahrir menjangkakan mereka akan menghadapi kesulitan mengekalkan kerusi Parlimen disandang.

“Saya tidak tahu secara jelas, namun umumnya mereka akan menghadapi kesulitan.

“Bagaimanapun, ‘warlord’ ini pastinya mempunyai wang, iaitu antara perkara penting (menghadapi pilihan raya),” kata mantan Ahli Parlimen Johor Bahru selama tujuh penggal itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Masyarakat India dan badan bukan kerajaan (NGO) di Kelab Sukan dan Kebudayaan Johor di sini, malam tadi.

Shahir mempertahankan kerusi Parlimen Johor Bahru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) tahun 1988 sebagai calon Bebas selepas meletakkan jawatan.

Mengimbau kembali, beliau berkata kejayaannya mempertahankan Parlimen tersebut adalah ketika era berbeza, sambil menyatakan beliau dipecat daripada UMNO ketika krisis kehakiman negara memuncak pada 1988.

Beliau juga memaklumkan, UMNO tidak terdesak untuk menerima kembali kumpulan pemberontak tersebut walaupun mereka mempertahankan kerusi disandang.

“Mereka dipecat dan kita akan melakukan dengan apa yang kita ada,” katanya.

Tiga penyandang Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau), Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (Maran) dan Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar), memutuskan untuk mempertahan kerusi mereka pada PRU-15 walaupun digugurkan BN.

Shahidan dan Ismail mempertahankan kerusi mereka dengan bertanding menggunakan tiket Perikatan Nasional (PN), manakala Zahidi sebagai calon Bebas.

Selain kerusi Parlimen Padang Besar, Zahidi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi di Perlis. - Getaran, 18 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar