Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


PRU-15: Dakwa Ketua Cybertrooper PN, Pemuda Mohon Muhyiddin Pujuk Tuan Ibrahim Tarik Diri PRU-15

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Nov 2022 9:00AM

Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Ketua Cybertrooper PN mencetuskan kejutan apabila memohon Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menarik diri daripada bertanding pada PRU-15. - Gambar tangkap layar TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang pemuda mendakwa dirinya sebagai Ketua Cybertrooper Perikatan Nasional (PN) mencetuskan kejutan apabila memohon Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menggunakan akaun @MAjidMNoor, dia mendakwa penglibatan Tuan Ibrahim dalam skandal tebatan banjir dan loji kumbahan semakin jelas, susulan pendedahan dibuat Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Menurutnya, kepemimpinan tertinggi PN khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang diminta segera bertindak untuk memujuk calon Parlimen Kubang Kerian untuk menarik diri.

“Saya hadir ke PC (sidang akhbar) sekali lagi hari ini sebagai Ketua Cybertrooper Perikatan Nasional sekali lagi membuat rayuan kepada Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menarik diri daripada menjadi calon dalam pilihan raya kali ini.

“Ini selepas pendedahan dibuat saudara Rafizi Ramli yang nampaknya makin jelas penglibatan Tuan Ibrahim Tuan Man dalam skandal RM2 bilion tebatan banjir dan loji kumbahan,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Jelas pemuda berkenaan, dia mewakili cybertrooper PN malu dan kecewa dengan penglibatan pemimpin mereka dalam skandal seumpama itu.

“Jadi saya minta kepada pimpinan tertinggi, Abah (Muhyiddin) dan Ayah Chik (Abdul Hadi) untuk memujuk Tuan Ibrahim Tuan Man menarik diri sesegera mungkin sebelum kami cybertrooper Perikatan Nasional membuat tindakan yang tidak diingini

“Kami secara jujurnya merasa malu dan juga kecewa. Kami dah tak mampu lagi dah menangkis sindiran dan perlian pihak lawan yang mengatakan bahawa slogan ‘Bersih dan Stabil’ yang kami laungkan nampaknya seperti cakap tak serupa bikin,” katanya.

Hantaran berkenaan bagaimanapun menimbulkan tanda tanya, berikutan ayat ‘jangan jadi pembaris’ yang digunakan sebagai keterangan video.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menjelaskan pemuda tersebut sebenarnya adalah penyokong Pakatan Harapan (PH) yang sedang berusaha menanamkan kebencian terhadap PN.

“Tak pernah lagi cybertrooper mengaku terbuka. Confirm batu api,” kata seorang netizen dikenali sebagai Ustazah Asmak Husin.

“Fitnah akhir zaman. Berlumba-lumba mereka menabur fitnah. Subhanallah,” kata pula Azzahir Mat Ziker.

Najman Ibrahim182 pula mendakwa pemuda berkenaan sebagai anak didik Rafizi.

“Anak didik RR (Rafizi Ramli) ni. Ingat, dunia ni kejap je,” katanya.

Setakat jam 8 pagi, video berkenaan sudah menerima 540 tanda suka dan 350 perkongsian.

Rafizi sebelum ini dipetik sebagai berkata, Tuan Ibrahim perlu memberi penjelasan berhubung pelantikan Mangkubumi Sdn Bhd (Mangkubumi) sebagai kontraktor projek tebatan banjir Krubong-Durian Tunggal bernilai RM578.6 juta di bawah program Jana Wibawa.

Beliau mendakwa, kewujudan dokumen yang ditandatangani Tuan Ibrahim iaitu Surat Setuju Terima (SST) bertarikh 30 Ogos lalu bercanggah dengan kenyataan dibuat Menteri Alam Sekitar dan Air itu, yang menafikan mengetahui lebih lanjut program berkenaan.

Jelas Rafizi, Tuan Ibrahim perlu membuat penjelasan berhubung dokumen yang menyenaraikan dua projek besar melibatkan Mangkubumi, termasuk tebatan banjir Sungai Langat Fasa 2 berjumlah RM2 bilion, kerana ia adalah dokumen kerajaan di bawah rekod Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). – Getaran, 17 November, 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

2

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Pemilikan Akaun Media Sosial Beri Kesan Terhadap Perkembangan Minda Kanak-Kanak

3

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Wanita Orang Asli Berjaya Bina Rumah Hasil Jualan Di TikTok

4

Politik 1 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Luar Negara 1 hari yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Direman 4 Hari

oleh Wartawan Getaran