web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Tinjauan Merdeka Centre, Jangan Percaya Sangatlah’ - Tun M

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 3:42PM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG - Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik tinjauan bebas Merdeka Centre yang meramalkan Pakatan Harapan (PH) menjadi pilihan utama pengundi manakala parti itu ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mantan Perdana Menteri itu berkata, badan kaji selidik pendapat awam berkenaan tidak boleh dipercayai kerana tinjauan terdahulu pada 2018, tidak tepat dalam meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kembali mentadbir Putrajaya.

“(Tinjauan) Merdeka Centre kata Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) akan dapat cuma satu sahaja wakil rakyat. Bukan main lagi. Awak tahu, Merdeka Centre pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kata konon PH akan kalah, BN akan menang.

“Tetapi akhirnya yang menang adalah PH, BN kalah. Jadi Merdeka Centre, jangan percaya sangatlah,” katanya yang juga Pengerusi PEJUANG.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berkempen bersama calon GTA Parlimen Ampang, Dr Nurul Ashikin Mabahwi menerusi program Negarawan Bersama Doktor Banjir Gegar Ampang di Pangsapuri Seri Nilam di sini, malam tadi.

Turut hadir isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan calon GTA Parlimen Shah Alam, Rafique Rashid Ali.

Dr Mahathir berucap ketika turun berkempen untuk calon PEJUANG bagi Parlimen Shah Alam, Muhammad Rafique Rashid di Sekyen 24, baru-baru ini. - Gambar Bernama
Dr Mahathir berucap ketika turun berkempen untuk calon PEJUANG bagi Parlimen Shah Alam, Muhammad Rafique Rashid di Sekyen 24, baru-baru ini. - Gambar Bernama

Jelas Dr Mahathir lagi, beliau tidak dapat meramalkan bilangan kerusi yang akan ditawan parti itu pada hari pengundian, Sabtu ini.

“Kami cuma guna duit sendiri, jadi agak susah untuk beritahu berapa kerusi kami akan menang kerana petunjuk tidak selalunya tepat,” katanya.

Tambahnya, beliau juga terpaksa menjual sahamnya untuk menggerakkan jentera pilihan raya memandangkan partinya gagal mendapat sebarang dana atau sumbangan.

“Yalah, tidak ada orang nak derma kepada kami. Orang tak berapa mesra dan juga kerana ekonomi tidak bagus dan semua ‘billionaire’ dah jadi ‘millionaire’.

“Jadi, apa kami boleh buat? Kami perlu keluarkan apa-apa duit kami yang tak banyak jumlahnya itu. Saya pun kena jual saham, tapi saya tak akan beritahu awak berapa banyak,” katanya.

Tinjauan Merdeka Centre pada awal bulan ini mendedahkan PH mendahului BN dari segi kecenderungan pilihan pengundi pada PRU-15.

Tinjauan itu mendapati 26 peratus responden memilih PH berbanding BN (24 peratus) dan diikuti Perikatan Nasional (PN) sebanyak 13 peratus.

Sementara itu, empat peratus responden pula enggan menjawab soalan tinjauan dan dua peratus lagi menunjukkan sokongan kepada GTA atau parti lain.

Kira-kira lebih kurang satu pertiga, atau 31 peratus daripada 1,209 responden berpendapat mereka tidak mempunyai kecenderungan atau tidak pasti untuk mengundi mana-mana parti. - Getaran, 16 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad