Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bertemu di Pusat Khidmat Budaya Lama, Turun Padang Lebih Efisien – Rodziah

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 8:48PM

Rodziah Ismail - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG – Pertemuan bersama rakyat di pusat khidmat Ahli Parlimen adalah kaedah lama yang membazir masa, kerana ia membataskan interasi sesama penduduk.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Ampang, Rodziah Ismail berkata, tuduhan bahawa beliau gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat hanya kerana sukar ditemui penduduk di pusat khidmat, jelas tidak berasas.

Menurut Ketua Wanita PKR Selangor itu, beliau lebih banyak turun padang bertemu penduduk di lokasi, berbanding hanya menanti mereka di pusat khidmat, sepanjang menyandang portfolio Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga.

“Selaku ADUN, saya pastinya lebih rapat dengan rakyat. Kerana itu sukar jika hanya ingin bertemu saya di pusat khidmat kerana saya hanya berada di sana sekali dalam seminggu.

“Hari-hari lain jika tidak terikat dengan tugas sebagai exco kerajaan negeri, saya lebih memilih turun padang bertemu penduduk dan komuniti sekitar,” katanya ketika ditemui Getaran selepas program bertemu pengundi di sini.

Rodziah berkata, beliau gemar menghadiri sesi dialog bersama rakyat untuk lebih menyelami sebarang permasalahan atau isu berbangkit yang dihadapi.

“Sebenarnya ramai menyangka wakil rakyat hanya boleh ditemui di pusat khidmat. Tak boleh salahkan mereka berfikiran begitu kerana memang begitu budayanya dahulu.

“Bila saya mula berkhidmat sebagai ADUN, memang saya amalkan berkomunikasi dan berdialog bersama penduduk. Apa yang mereka perlu lakukan cuma datang sahaja ke program yang kita lakukan,” katanya.

Mengulas dakwaan kononnya beliau melarikan diri ke Ampang bagi menyembunyikan kegagalan sebagai ADUN, Rodziah berkata perpindahan itu bukan atas kehendaknya tetapi diputuskan oleh kepemimpinan parti.

“Parti mahu melihat saya melangkah ke Putrajaya hasil daripada pengalaman sebagai ADUN Batu Tiga.

“Kalau saya gagal, tidaklah saya pegang (Batu Tiga) tiga penggal. Toga penggal cukup berikan saya pengalaman dalam konteks pentadbiran. Saya bukan orang yang berkhidmat tetapi tidak berfungsi.” Tegasnya.

Jelas Rodziah, kehadirannya ke Ampang boleh disifatkan sebagai membela pengundi yang teraniaya apabila wakil mereka melompat ke parti lain.

Berkongsi pengalaman sepanjang bergelar ADUN Batu Tiga, Rodziah berkata antara yang paling berbekas di hatinya adalah kejayaan menangani masalah banjir di Sungai Rasah.

“Sebenarnya peruntukan untuk menangani masalah itu amat sukar diperoleh, tapi hasil perbincangan dilakukan, kita berjaya memperoleh peruntukan berjumlah RM120 juta.

“Sekarang kalau ditinjau di kawasan sekitar, masalah banjir bertahun-tahun itu sudah pun selesai,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Rodziah bakal berdepan saingan lapan penjuru, dengan tentangan utama datang daripada penyandang kerusi, Datuk Zuraida Kamaruddin mewakili Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Parlimen Ampang pada PRU-14 dimenangi Zuraida dengan majoriti undi 54,307. – Getaran, 15 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 11 bulan yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 11 bulan yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 11 bulan yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pihak Berkuasa Jerman Rampas 4 Bugatti Dikaitkan Dengan Kes 1MDB

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Sukan 14 jam yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-kanak Perempuan Cedera Terjatuh Dari Tingkat 2 Pangsapuri