web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1,025 Pengundi Awal Dijangka Mengundi Di Kem Sungai Buloh

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 2:46PM

Khairy membuat lawatan di pusat pengundian berkenaan bagi melihat proses pengundian. - Gambar oleh Sofian Baharom

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI BULOH - Sebanyak 1,025 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera serta keluarga, dijangka menunaikan tanggungjawab mereka di Kem Sungai Buloh, di sini hari ini.  

Proses pengundian awal yang dimulakan pada jam 8 pagi tadi itu dijalankan di Dewan Serbaguna Kem Sungai Buloh dan turut dihadiri Panglima 11 Briged, Brigedier Jeneral Fazal Abdul Rahman.   

Sehingga tengah hari, dua orang pengundi di tempat tersebut dikesan positif COVID-19 dan telah diberi laluan ekspres bagi memudahkan urusan mengundi.  

Penyelia Pusat Mengundi Kem Sungai Besi, Leftenan Kolonel Mohd Kamarul Arifin Mohamed Azahar berkata, pihaknya telah menyediakan kaunter khas kesihatan bagi melancarkan proses pengundian.  

“Kita mempunyai 11 pasukan yang akan memastikan proses pengundian berjalan lancar,” katanya kepada pemberita.

Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin turut membuat lawatan di pusat pengundian berkenaan bagi melihat proses pengundian.  

Dalam satu sidang media di Balai Polis Kampung Baru Subang, di sini, Khairy juga merayu pengundi awal agar keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing sebelum lewat petang.

Beliau berkata, ini bagi mengelakkan daripada hujan dan kesesakan jalan raya pada sebelah petang.  

“Kalau boleh (pengundi awal turun) sebelum lewat petang.  

“Biasanya lewat petang ini ada hujan dan kesesakan jalan raya disebabkan orang balik dari kerja, balik dari sekolah,” katanya kepada pemberita.  

Parlimen Sungai Buloh mencatatkan 2,388 pengundi awal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).  

Seramai 224,828 pengundi awal dijangka keluar mengundi hari ini di 578 pusat mengundi awal PRU-15 di seluruh negara dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Pengundi awal itu terdiri daripada 117,473 anggota tentera dan pasangan serta 107,355 polis, polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan. - Getaran, 15 November 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad