web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ramanan Mahu Terus Perjuang Naik Taraf Pusat Kusta Sebagai Tapak UNESCO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 5:20PM

Ramanan (kiri) mengadakan pertemuan dengan pemilik perusahaan nurseri di Sungai Buloh, hari ini. - Tangkap layar dari video di Facebook Ramanan Ramakrishnan DR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI BULOH - Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Sungai Buloh, Datuk R Ramanan bertekad mahu terus memperjuang usaha menaik taraf Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), agar diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menurut beliau, peranan pusat tersebut tidak boleh dilupakan begitu sahaja walaupun wabak berkenaan sudah lama lenyap dari negara ini.

“Tapak ini sekarang hanya ada tiga saja di dunia. Satu di Filipina dan dua lagi di Malaysia iaitu di Sungai Buloh dan Pulau Pinang.

“Bagaimanapun, mereka sudah menutup tapak yang berada di Pulau Pinang, menjadikan hanya dua saja tapak sebegini di dunia. Adakah kita hendak membiarkan tapak ini ditutup juga?” katanya pada sidang media selepas bertemu pemilik perusahaan nurseri di sini hari ini.

Ramanan bertemu penduduk ketika mengadakan kempen di kawasan Parlimen Sungai Buloh. - Gambar dari Facebook
Ramanan bertemu penduduk ketika mengadakan kempen di kawasan Parlimen Sungai Buloh. - Gambar dari Facebook

Tegas Ramanan, sudah sewajarnya Sungai Buloh diiktiraf di peringkat dunia sebagai antara tapak UNESCO memandangkan ia amat penting untuk kelangsungan hidup komuniti bekas pesakit kusta.

“Komuniti bekas pesakit kusta ini sudah bekerja di sini demi meneruskan perusahaan nurseri sejak 40 tahun lalu dan ia satu jangka masa yang amat lama.

“Saya akan akan memperhalusi isu ini dan meneruskan inisiatif (penyandang kerusi Parlimen Sungai Buloh) R Sivarasa dalam memperjuang kesusahan mereka sejak bertahun-tahun lalu,” katanya.

Beliau memberitahu, pemilik nurseri terbabit sudah diminta menyediakan surat untuk diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pada kadar segera.

“Kebetulan Menteri Besar akan datang ke Sungai Buloh malam ini dan saya meminta pemilik nurseri sediakan surat untuk diserahkan kepada beliau supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya.

Kerajaan sebelum ini mengarahkan pemilik nurseri di sekitar tapak PKKN berpindah ke tiga kawasan iaitu di Kampung Cempaka, Kayu Ara dan Bukit Cherakah dan Bukit Changgang untuk memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya DASH.

Tindakan tersebut mendatangkan rasa tidak puas hati di kalangan pemilik perusahaan, yang kemudiannya membantah cadangan tersebut dan nekad untuk meneruskan perniagaan di tapak sekarang. - Getaran, 14 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar