web statsweb stats

Berita Terkini

11 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peluang Pekerjaan Perlu Perhatian Di Tampin - Pengundi Muda

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 11:35AM

Suasana di sekitar Pekan Tampin. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAMPIN - Menyedari peluang pekerjaan agak terhad di daerah Tampin, Mohamad Kamil Adam Wahabi memilih untuk menjadi petani bagi menyara keluarga dengan mengusahakan sendiri 2.2 hektar tapak sawah padi miliknya di Kampung Londah, Gemas, sejak 2017.

Meskipun memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial (Sejarah), pemuda berusia 30 tahun itu menceburi diri sebagai pesawah padi untuk menjaga kedua ibu bapanya yang uzur, selain mendapati persaingannya juga kurang dengan hanya 10 daripada 50 pesawah padi di kawasan itu ialah orang muda.

Mohamad Kamil yang meraih pendapatan kira-kira RM8,000 semusim berpandangan jika pihak berwajib serius memperluaskan lagi sektor pertanian dan perniagaan di daerah itu untuk diceburi anak tempatan, ramai pemuda akan memilih bekerja sendiri sekali gus memantapkan lagi ekonomi setempat.

"Rata-rata taraf pendidikan anak muda di Tampin pada tahap pertengahan iaitu daripada SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) hingga peringkat Diploma. Jika ada yang ambil ijazah, ramai yang akan bekerja di luar kerana kurangnya peluang pekerjaan dengan gaji yang setimpal di sini," katanya kepada Bernama.

Nuramirul Hidayat Nazry, 28, yang juga generasi ketiga peneroka Felda Pasir Besar berkata bagi meneruskan kelangsungan hidup, beliau menggunakan pengalamannya selama dua tahun berkhidmat sebagai eksekutif kewangan di Port Klang, Selangor untuk memulakan perniagaan di sini.

"Peluang pekerjaan dengan gaji di sini tidak mencukupi, jadi saya berniaga dengan menggunakan pengalaman yang ada, tetapi bagi orang muda di sini yang tiada pengalaman, mereka bergelut mencari duit," katanya yang mengusahakan perniagaan dalam bidang pengangkutan dan penternakan. 

Seorang penduduk tempatan yang mahu dikenali sebagai Mohd Fauzi berkata masalah peluang pekerjaan itu perlu ditangani segera oleh kerajaan kerana kebanyakan pekerjaan di daerah berkenaan adalah dalam bidang peruncitan dengan tawaran gaji yang 'cukup-cukup' sahaja.

"Peluang pekerjaan di Tampin tak banyak, sektor awam terhad, pekerjaan biasa hanya di kedai runcit kecil, restoran dan pasar raya. Tiada pekerjaan yang bagi gaji lebih baik, jadi bagaimana orang muda nak bertahan," katanya yang berharap wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dapat melihat kepada isu pekerjaan itu.  

Pemuda berusia 39 tahun itu berkata akibat peluang pekerjaan yang terhad juga menyukarkan untuk golongan muda memiliki rumah berikutan harga rumah di Tampin adalah dalam lingkungan RM250,000-RM300,000 berbanding di Alor Gajah, Melaka yang menawarkan harga dalam lingkungan RM200,000.

 Mohd Isam Mohd Isa - Gambar Bernama
Mohd Isam Mohd Isa - Gambar Bernama

Menyedari dilema yang dihadapi golongan muda di situ, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh berkata masalah peluang pekerjaan adalah antara tumpuannya sebagai wakil rakyat.

Bagi memperkasakan sektor ekonomi, Ketua UMNO Bahagian Tampin itu melihat sektor perindustrian perlu diperbanyak, serta alternatif lain bagi melahirkan lebih ramai usahawan muda dalam sektor pertanian.

Parlimen Tampin menyaksikan pertembungan empat penjuru iaitu calon daripada BN, Abdul Halim Abu Bakar (Perikatan Nasional/PN-PAS), Muhammad Faiz Fadzil (Pakatan Harapan/PH-Amanah) dan Zamani Ibrahim (PEJUANG-BERJASA). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan