web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aura Rafizi Berjaya Tarik Penduduk Datang Ceramah Mega Parlimen Ledang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 1:05PM

Rafizi bercakap pada ceramah mega Pakatan Harapan (PH) di Bukit Gambir semalam. - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LEDANG - Aura Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berjaya menarik perhatian penduduk sekitar Ledang yang menghadiri ceramah mega Pakatan Harapan (PH) di Bukit Gambir, di sini, malam tadi.

Walaupun Rafizi tiba lewat hampir tiga jam dalam ceramah yang berlangsung pada jam 8.30 malam itu, orang ramai tetap menunggu dengan penuh kesabaran.

Selain Rafizi, ceramah perdana itu turut dihadiri calon PH Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh; calon PH Pagoh, Iskandar Shah serta beberapa kepimpinan tertinggi PH Johor.

Tinjauan Getaran mendapati hanya beberapa kerusi kosong sahaja yang tinggal dan ia hampir penuh selepas Rafizi mula berucap.

Untuk rekod, Syed Ibrahim akan mempertahan kerusi Parlimen Ledang dalam saingan enam penjuru membabitkan Hamim, Zaidi Majid (Perikatan Nasional), Rafidah Ridwan (PEJUANG) dan dua calon Bebas, iaitu Zainal Bahrom dan seorang lagi dikenali sebagai Cikgu Yunus berdasarkan senarai yang dipaparkan dalam laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Syed Ibrahim menewaskan Hamim yang juga penyandang kerusi berkenaan serta calon PAS, Rusman Kemin dengan majoriti 8,666 undi. - 11 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar