web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rafizi Suburkan ‘Politik Dinasour’, Lapuk, Tak Relevan - PAS

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 6:19PM

Rakyat sudah muak dengan politik di negara ini gara-gara pembawakan lapuk oleh Rafizi dan sesetengah pihak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS mendakwa politik dimainkan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli lapuk dan sudah tidak relevan, menyebabkan ramai rakyat serta pengundi atas pagar semakin tawar hati.

Menurut kenyataan PAS, rakyat sudah muak dengan politik di negara ini gara-gara pembawakan lapuk oleh Rafizi dan sesetengah pihak.

“Rakyat sebenarnya muak dengan politik gara-gara politik lapuk dibawa sesetengah pihak.

“Rafizi meskipun kononnya dikatakan membawa politik baru di negara kita, sebenarnya beliaulah yang menyuburkan politik dinosaur bersadurkan fitnah,” menurut kenyataan itu di Facebook.

Turut disertakan kenyataan berhubung keterlibatan pemimpin PAS bersama Perikatan Nasional (PN) berkenaan isu penyelewengan dan integriti daripada Rafizi yang dianggap sebagai contoh unsur hasutan daripadanya.

“Kenyataan terbaru dikeluarkan kononnya hendak mengaitkan PN dan pimpinan PAS dengan isu penyelewengan serta integriti, adalah contoh terdekat politik menghasut dibawa Rafizi.

“Perkara itu amat kabur dan play safe ‘cara selamat’, antaranya perkataan ‘saya dimaklumkan’, ‘menurut sumber dalaman’ yang sebenarnya tidak ada bukti penghujahan konkrit,” tegasnya.

PAS menegaskan, corak politik seperti itu akan menjadi punca rakyat termasuk anak muda muak.

Malah, Rafizi dinasihat berpolitik dengan bijak kerana rakyat cakna terhadap perkembangan politik negara.

“Golongan seperti Rafizi lah punca anak muda dan rakyat atas pagar muak politik. Suka bermain politik persepi sehinggakan tidak kisah halal haram.

“Kepada Rafizi, sudah-sudahlah bermain politik lapuk seperti ini. Rakyat makin bijak. Tolong berpolitik dengan bijak dan beriman,” nasihatnya.

Terdahulu, kerusi Parlimen Pandan bakal menyaksikan pertembungan sengit lima penjuru untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Rafizi berdepan nama besar politik di kerusi itu, antaranya Ketua MCA Bahagian Pandan, Datuk Leong Kok daripada Barisan Nasional (BN) dan mantan Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat (Parti Warisan), Muhammad Farique Zubir Albakri (PN) dan Nadia Hanafiah (Parti Pejuang Tanah Air). - Getaran 9 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad