web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Calon PM: Jangan Nak Ubah, Cuba ‘Melawak Beruk’ - Annuar Musa

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 7:07AM

Annuar Musa (kanan) dan Noh Omar (dua dari kanan) padai Bersama Komuniti di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Bukit Cerakah, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan semua pihak supaya tidak melakukan sebarang cubaan menukar calon Perdana Menteri, sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Tegasnya, keputusan mencalonkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri adalah keputusan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan semua pihak perlu mendukungnya.

“Kalau kita ada number (kerusi Parlimen), jadi tiada second candidate (calon kedua) daripada UMNO.

“Parti yang buat keputusan dalam PAU, jadi hanya perhimpunan ini saja yang boleh mengubahnya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia di FELDA Bukit Cherakah di sini.

Turut hadir, Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar dan calon BN bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Abd Aziz.

Terdahulu, Annuar dalam ucapannya menegaskan, soal menamakan calon Perdana Menteri bukan boleh dijadikan bahan jenaka.

“Jangan nak ubah-ubah, jangan nak melawak-melawak. Itu orang panggil melawak beruk namanya. Hulur-hulur tarik, hulur-hulur tarik, itu melawak beruk.

“Ini soal politik bukan boleh main melawak-melawak beruk. Jangan buat main-main,” katanya.

Annuar Musa berkata keputusan mencalonkan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri adalah keputusan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan semua pihak perlu mendukungnya. - Gambar dari Facebook Ismail Sabri
Annuar Musa berkata keputusan mencalonkan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri adalah keputusan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan semua pihak perlu mendukungnya. - Gambar dari Facebook Ismail Sabri

Bagaimanapun, ketika ditanya siapakah individu ditujukan kata-kata itu, Annuar berkata ia sekadar kiasan dan tidak perlu diperbesarkan bagi mengelakkan salah faham.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selepas tanggal 19 November, jika BN memenangi PRU-15, Ismail Sabri adalah Perdana Menteri yang akan diangkat.

“Itu keputusan yang sudah dibuat, hanya tinggal lagi perkenan Yang di-Pertuan Agong. Siapa pun dicalonkan (sebagai Perdana Menteri) mestilah menolak,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, beliau akan melawan mana-mana pihak yang cuba membawa UMNO ke arah Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Parti memutuskan bahawa ‘No Anwar, No DAP’, (jadi) sesiapa cuba melanggar, menghimpit, menghampiri apa lagi membawa parti ke arah Anwar Ibrahim, terutama DAP, saya tetap menentang.

“Bubuhlah (letaklah) nama jajaran baharu ke dinamika baharu ke apa saja, walaupun tinggal saya seorang, saya tetap menentang. Itu pendirian saya,” tegasnya. - Getaran, 9 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad