web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bidas Kenyataan Dengki KJ, Tok Mat Wish All The Best!

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 7:09AM

Mohamad Hasan - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SENAWANG - “I wish him all the best, tetapi kena kerja kuatlah,” pesan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Khairy Jamaluddin, selaku calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sungai Buloh.

Beliau yang ditemui pada ceramah BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi berkata, Sungai Buloh merupakan kawasan sesuai buat Menteri Kesihatan itu kerana pengundi di sana amat dahagakan calon Melayu, selepas tiga penggal berturut-turut mereka diwakili Ahli Parlimen berbangsa India.

“Tidak ada unsur penolakan terhadap Khairy di sana, malah beliau disambut baik akar umbi di sana, termasuk pengundi yang menerima kehadirannya.

“Saya diberitahu pengundi amat gembira dengan kehadiran Khairy sebagai calon, jadi saya yakin, kemenangan akan dapat dicapai. Tapi, kena kerja kuat, don’t take things for granted,” katanya.  

Mohamad yang juga calon BN di Parlimen Rembau turut menepis dakwaan kononnya keputusan menghantar Khairy bertanding di Sungai Buloh dibuat dengan berlandaskan hasad dengki. 

Khairy berswafoto bersama penyokongnya dalam satu ceramah sempena kempen PRU-15. - Gambar dari Facebook
Khairy berswafoto bersama penyokongnya dalam satu ceramah sempena kempen PRU-15. - Gambar dari Facebook

Bidasnya, persetujuan untuk perkara itu sudah dibuat bersama Khairy sejak 2018 lagi.

“Kalau betul saya dengki dengan dia, saya dah hantar dia bertanding dekat Kepong, Seputeh atau Bukit Bintang. Tiada istilah saya dengki, saya lagi nak lihat anak Negeri Sembilan berjaya. Kerana itu saya carikan tempat yang paling selamat buat dia kerana rakyat di Sungai Buloh beriya-iya menginginkan UMNO. Mereka mahu calon Melayu.

“Di Sungai Buloh, 70% pengundi adalah Melayu, sebab itu apabila KJ (Khairy Jamaluddin) datang sana, sambutan yang diberikan amat luar biasa,” tegasnya.

Mohamad Hasan ketika berkempen bagi kerusi Parlimen Rembau semalam.
Mohamad Hasan ketika berkempen bagi kerusi Parlimen Rembau semalam.

Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara BN, Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Gerakan Tanah Air (GTA) dan dua calon Bebas.

Selain Khairy, turut bertanding ialah Datuk R Ramanan, Mohd Ghazali Md Hamin (PN), 

Mohd Akmal Yusoff (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan dua calon Bebas, masing-masing terdiri daripada Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff, 62, serta Nurhaslinda Basri, 33.

Pada PRU-14, kawasan tersebut dimenangi calon PH, R Sivarasa dengan majoriti undi 26,634. - Getaran, 9 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad