web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: BERSATU Tidak Ralat Keluar PH, ‘Ia Langkah Tepat’ - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 5:35PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, beliau sama sekali tidak ralat dengan tindakannya ‘membawa keluar’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pimpinannya daripada Pakatan Harapan (PH).

Muhyiddin mendakwa ia adalah langkah betul dan tepat pada masanya kerana kerajaan PH mengabai serta memudaratkan kepentingan rakyat.

“PH memimpin negara dengan cara yang jelas memudaratkan kepentingan rakyat.

“Kalau pemandu bas hendak menjunam jatuh ke gaung, sebagai penumpang apa tuan-tuan buat? Cepat fikir, jangan ikut dan mesti lompat keluar untuk tinggalkan bas itu,” kiasnya ketika berucap dalam Siri Jelajah PN Parlimen Pendang di Pusat Konvensyen Pendang (PCC) di Kedah.

Beliau mengakui bahawa situasi negara sebelum ini sudah runtuh dan susah untuk menaikkannya kembali kepada keadaan asal.

“Kami tahu negara ini jatuh, sukar untuk kita naik kembali. Alhamdulillah, semuanya takdir dan saya tidak ralat meninggalkan parti yang sama-sama menumbangkan Barisan Nasional (BN) sebelum ini,” katanya.

Muhyiddin turut mendakwa, parti DAP sepatutnya tidak perlu diberi peluang untuk mentadbir negara sebelum ini.

“Banyak perbuatan mereka (DAP) bercanggah dengan tuntutan Islam. Kumpulan sebegini tidak seharusnya diberikan peluang langsung untuk mentadbir, bukan saja untuk 22 bulan, malah 22 jam sekali pun,” jelasnya.

Pada masa sama, calon kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) itu yakin bahawa PN mampu menyelesaikan masalah negara, selain menjadi kerajaan bertangungjawab. 

“Dalam PRU ini, kita nak memilih kerajaan bertanggungjawab, boleh dipercayai, berani dan tegas bagi menyelesaikan masalah negara. Saya fikir PN memiliki kemampuan itu dan kita boleh uruskan negara selepas ini, termasuk menunaikan manifesto dilancarkan semalam (kelmarin),” serunya.

Peristiwa Lagkah Sheraton pada tahun 2020 menyebabkan kemelut politik di Malaysia apabila kerajaan PH tumbang dan diganti pentadbiran PN yang menjadikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Kemelut itu mengundang kemarahan dalam kalangan pemimpin politik PH dan Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, parti berkenaan akan menawan semula kawasan dikhianati BERSATU dengan mempertaruhkan calon berwibawa. - Getaran 8 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad