web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shahidan, Zahidi, Ismail, Azhar Bukan Ahli UMNO Lagi - Ahmad Maslan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 5:06PM

Shahidan Kassim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Empat pemimpin UMNO yang bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) dan Bebas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), disahkan bukan lagi ahli parti itu, berkuatkuasa serta merta.

Empat ahli terbabit adalah Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Zahidi Zainul Abidin, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan Datuk Azhar Ahmad.

Zahidi Zainul Abidin
Zahidi Zainul Abidin

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keahlian empat individu berkenaan gugur secara automatik selepas menawarkan diri bertanding mewakili pihak lawan.

“Pengguguran keahlian mereka ini adalah selaras dengan Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO,” katanya hari ini.

Serentak dengan itu jelas beliau, jawatan yang disandang kesemua empat individu terbabit akan dipangku Timbalan Ketua UMNO Bahagian terlibat.

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan

“UMNO juga ingin menegaskan, beberapa ahli lain termasuk mereka yang dilihat mengiringi keempat-empat calon berkenaan ketika proses penamaan calon boleh disifatkan sebagai menyokong calon parti lawan, dan kini sedang dalam proses siasatan sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya.

Pada hari penamaan calon Sabtu lalu, Shahidan dan Ismail diumumkan sebagai calon PN mewakili PAS di Parlimen Arau dan Parlimen Maran bagi mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan, yang dimenangi pada PRU-14 atas tiket Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Zahidi yang juga penyandang kerusi Padang Besar bertanding di atas tiket Bebas bagi mempertahankan kedudukannya selaku Ahli Parlimen, dan turut dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi.

Azhar pula bertanding di DUN Kuala Perlis, juga sebagai calon Bebas. – Getaran, 7 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 52 minit yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 48 minit yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan